Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Liverpool akan berentap dengan Man City di separuh akhir Piala FA

Mar 22, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Dengan kededuanya mengejar sejarah, Liverpool dan Manchester City akan berentap di separuh akhir Piala FA di Wembley bulan depan selepas masing-masing melepasi kelompok lapan pasukan terbaik dengan gaya berbeza.



City akhirnya berjaya mengatasi Southampton pada percubaan ketiga musim ini dengan kemenangan 4-1 manakala Liverpool memerlukan gol lewat hasil sumbangan Diogo Jota untuk menyingkirkan pasukan Liga Championship, Nottingham Forest, 1-0.



Forest sebelum ini menyingkirkan juara bertahan Leicester dan Arsenal dalam perjalanan mereka ke saingan suku akhir dan nyaris-nyaris mencipta satu lagi kejutan besar di City Ground.



"Ia adalah perlawanan yang kami jangkakan, terutamanya jika anda tidak merebut peluang jaringan anda," kata pengurus Liverpool, Juergen Klopp.



"Kami mampu bermain dengan lebih baik, dan kami seharusnya menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Sekiranya kami menjaringkan gol lebih awal, haluan perlawanan pastinya berbeza. Kami memang jangkakan cabaran sengit tapi pemain tunjukkan bahawa mereka sanggup berjuang... itulah yang membantu kami menang."



Klopp melakukan tujuh pertukaran dengan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Andy Robertson antara pemain yang direhatkan dan langkah itu jelas menjejas prestasi pasukannya.



Sementara itu, dalam aksi perlawanan membabitkan City, mereka turut bergelut pada sejam pertama di St Mary ketika Southampton, yang sebelum ini mengikat juara England itu dua kali musim ini, memberikan saingan hebat kepada pendahulu Liga Perdana itu.



"Kami bermula dengan baik tapi selepas itu kami macam terlupa cara bermain," kata Guardiola.



"Kami tahu ia sukar untuk berdepan Southampton kerana mereka adalah pasukan yang teratur.



Raheem Sterling membuka tirai jaringan buat City sebelum gol sendiri Aymeric Laporte menyamakan kedudukan untuk tuan rumah sebelum waktu rehat.



Sepakan penalti Kevin de Bruyne dan dua gol menerusi Phil Foden dan Riyad Mahrez kemudian menjamin kemenangan City.



Crystal Palace akan bertemu Chelsea dalam satu lagi aksi separuh akhir selepas membelasah pasukan yang sedang terkial-kial, Everton, 4-0 di Selhurst Park.



Marc Guehi, Jean-Philippe Mateta, Wilfried Zaha dan Will Hughes meledak gol ketika skuad Eagles meneruskan persembahan baik mereka pada musim pertama di bawah kendalian bekas bintang Arsenal, Patrick Vieira.



"(Untuk berpeluang) beraksi di Wembley ialah sesuatu yang menakjubkan," kata Vieira.



"Anda boleh dengar suasana stadium, penyokong; inilah yang penyokong mahukan dan kami mahu memberikannya kepada mereka." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >