Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool hampiri Liga Juara-Juara

May 21, 2021 | 05:30 AM



LANCASHIRE: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata kemenangan pasukannya ke atas Burnley semalam bak kemenangan di separuh akhir yang membuka laluannya ke final dengan Crystal Palace Ahad ini dan peluang merebut tangga keempat Liga Perdana England dan tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Liverpool, yang memenangi perlawanan dengan West Bromwich Albion dengan cara yang menakjubkan Ahad lalu untuk mencerah harapan ke Liga Juara-Juara, turut berhempas-pulas untuk menewaskan Burnley di Turf Moor.



Keputusan 3-0 di wisel penamat berpihak kepada Liverpool, tetapi ia tidak menceritakan persaingan sengit antara kededua pasukan, dengan Burnley tidak mengaku kalah.



Namun, akhirnya, pemain Liverpool lebih berjaya merebut peluang gol yang dirintis, dengan Roberto Firmino membuka tirai jaringan, sebelum pemain pertahanan 'simpanan' Nathaniel Phillips menggandakan jaringan dengan tandukan kemas yang juga gol pertama beliau bagi pasukan.



Di penghujung perlawanan, Alex Oxlade-Chamberlain merembat bola kencang dari jarak jauh untuk menjaringkan gol ketiga untuk menjamin kemenangan dan menambah perbezaan gol ke atas Leicester City - pesaing terdekat bagi tangga keempat liga.



Liverpool kini meloncat ke tangga keempat, dengan 66 mata.



Pungutan mata itu sama dengan mata yang dimiliki Leicester, tetapi Liverpool mempunyai perbezaan gol lebih baik.



Nasib Liverpool, Leicester dan Chelsea akan diketahui dalam masa empat hari, apabila kesemua kelab beraksi dalam perlawanan terakhir masing-masing.



Liverpool akan berentap dengan Palace di depan 10,000 penyokong di Anfield.



Leicester pula akan menerima kunjungan Tottenham Hotspur di Stadium King Power, sementara Chelsea, yang mempunyai kelebihan satu mata ke atas kededua kelab bertemu Aston Villa.



"Hari ini bak separuh akhir," kata Klopp bercakap kepada Sky Sports.



"Kami perlu memenangi separuh akhir ini dan itulah yang kami lakukan.



"Tiada apa yang telah diputuskan tetapi kami telah memperbaiki kedudukan kami dan kami kini mempunyai final untuk ditandingi. Itu sahaja yang kami perlukan pada masa ini dan kami adalah pemenang yang layak kerana kami beraksi baik," ujar Klopp.



"Pada masa ini, kami perlu memastikan semua pemain cepat pulih dan membuat persiapan bagi perlawanan terakhir. Kami tidak mempunyai ramai pemain pengganti, terutama bagi beberapa posisi. Justeru, kami perlu bersikap berjaga-jaga.



"Saya tidak sabar menantikan kehadiran 10,000 penyokong di Anfield. Sekali lagi saya ingin katakan, belum ada apa-apa yang pasti kerana Palace adalah pasukan yang handal."



Liverpool, yang dirundung masalah kecederaan yang menimpa pemain-pemain pertahanan sepanjang musim gagal mempertahankan mahkota EPL dan hanyut di tangga pertengahan liga.



Namun, empat kemenangan berturut-turut dan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah baru-baru ini telah membolehkannya bangkit mendaki liga.



Malah kemenangan dramatik ke atas West Brom Ahad lalu, apabila penjaga gawang Alisson Becker menjaringkan gol dalam masa kecederaan, bermakna nasib Liverpool kini berada di tangan sendiri dan ia hanya perlu memenangi perlawanan terakhir untuk menjamin tempat di Liga Juara-Juara musim depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >