Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Liverpool hidupkan peluang jadi juara lepas kalahkan Southampton

May 19, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bos Liverpool, Juergen Klopp, berkata pasukannya tidak menjangka dapat merampas mahkota Liga Perdana England (EPL) daripada pendahulu liga Manhester City.



Namun, beliau berkata perkara itu masih boleh menjadi kenyataan selepas pasukannya mengalahkan Southampton 2-1 untuk merapatkan jurang dengan City kepada satu mata, dengan musim berbaki satu perlawanan bagi kededua pasukan.



Liverpool bertemu Wolves pada hari terakhir musim ini Ahad ini, sementara City, yang juga juara bertahan, menerima kunjungan Aston Villa.



Pada awal tahun ini, Liverpool ketinggalan 14 mata di belakang City, tetapi telah merapat jurang selepas memenangi 15 perlawanan dan seri dua kali dalam 17 perlawanan liga.



"Kami tidak pernah mengaku kalah dan kami akan sentiasa mencuba," kata Klopp.



"Ini adalah perlawanan kami yang terakhir di stadium sendiri... di depan penyokong sendiri... kami akan cuba menggunakan kelebihan ini untuk mendapatkan keputusan yang diidamkan.



"Adalah sukar untuk membuat sebarang ramalan dalam bola sepak, tetapi kami hanya boleh bermain bersungguh-sungguh."



Villa, yang kini dipimpin oleh Steven Gerrard, bekas kapten dan pemain bertaraf legenda di Liverpool, bertemu Burnley pagi tadi, sementara Wolves tiada perlawanan sejak hujung minggu lalu.



Klopp berkata kemungkinan City tewas kepada Villa amat kecil, memandangkan City bermain di depan penyokong sendiri dan Villa kesuntukan masa untuk pulih selepas perlawanan menentang Burnley, yang dijangka bermain bermati-matian untuk memelihara tempatnya di EPL musim depan.



"Tapi bola sepak sukar diramal... jika kami ingin menjadi juara, kami harus menang terlebih dahulu dan Villa perlu mencuri satu mata semasa bertandang ke City," kata Klopp.



"Kami perlu menang, kerana kami tidak seharusnya bercakap seolah-olah kemenangan ke atas Wolves sudah terjamin bagi kami.



"Sebaliknya, jika saya berada di City pula, saya tidak akan menjangka saya sudah menjadi juara sebelum saya memenangi perlawanan terakhir. Bagi saya, City akan menang, tapi ini semua belum tentu," kata Klopp lagi.



Semalam, Klopp mengubah pasukannya bagi perlawanan menentang Southampton, menggantikan sembilan pemain yang beraksi dalam final Piala FA Sabtu lalu, yang melihat Liverpool menewaskan Chelsea dalam perlawanan di Wembley itu.



Kemenangan itu bermakna menjelang final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid pada 28 Mei, Liverpool telah menjamin dua trofi domestik, termasuk Piala Carabao yang dimenanginya awal tahun ini.



Klopp berkata cara pemain gantian bermain bersungguh-sungguh semalam untuk mengecapi kemenangan membuat beliau bangga.



Takumi Minamino dan Joel Matip menjaringkan gol Liverpool, sementara Nathan Redmond membuka tirai jaringan perlawanan bagi Southampton.



"Cara kami bangkit dengan pemain yang diturunkan amat membanggakan saya," kata Klopp. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >