Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU FINAL PIALA LIGA ENGLAND

Liverpool julang trofi domestik pertama sejak 2012

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool menang Piala Liga dengan gaya dramatik apabila penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, gagal menyempurnakan penalti penting bagi memberikan The Reds kemenangan 11-10 melalui babak sepakan penalti selepas pertarungan terikat 0-0 di Wembley awal pagi semalam.



Skuad kendalian Juergen Klopp meraih kejuaraan domestik pertama mereka sejak Piala Liga 2012 apabila sepakan Kepa melepasi palang gol.



Ia adalah satu-satunya percubaan yang gagal menamui sasaran dalam babak penentuan sepakan penalti yang menyaksikan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher, turut menyempurnakan percubaannya sebelum Kepa gagal melakukannya.



Sebelum perlawanan, Klopp terpaksa melakukan rombakan lewat selepas Thiago Alcantara yang kelihatan sebak mengalami kecederaan semasa memanaskan badan. Naby Keita dipanggil mengambil tempat rakannya itu.



Kedua-dua pasukan mensesiakan beberapa peluang jaringan yang memaksa pertarungan sengit itu ditentukan melalui penalti.



Kepa dimasukkan selepas tamat masa tambahan bagi menggantikan Edouard Mendy berikutan reputasinya sebagai pakar penyelamat penalti, namun penjaga gol asal Sepanyol itu gagal menyelamatkan kesemua percubaan Liverpool.



Sebelum ini, Kepa mencetuskan kontroversi dalam final Piala Liga 2019 apabila beliau enggan dikeluarkan sebelum tewas kepada Manchester City.



Bos Chelsea, Thomas Tuchel, mungkin tertanya-tanya sama ada beliau sepatutnya mengekalkan Mendy dalam babak penentuan penalti selepas beraksi cemerlang sepanjang perlawanan tetapi Kepa juga telah membuktikan keupayaannya melalui sepakan penalti pada masa lalu.



Tiada aduan mengenai kualiti dan usaha dalam prestasi Chelsea selain kegagalan untuk mengambil peluang mereka.



Dengan kejayaan ini, Liverpool menjulang Piala Liga buat rekod sembilan kali dengan Klopp menjadi pengendali dari Jerman pertama menang kejohanan itu selepas tewas dua kali sebagai bos di kelab Anfield itu.



"Ada sedikit ruang untuk berasa sentimental. Caoimhin Kelleher ialah pemain muda, bermain dalam semua kejohanan. Saya tidak boleh beritahunya beliau tidak boleh bermain di final.



"Saya ialah pengurus dan juga seorang manusia. Beliau berhak atas kemenangan ini.



"Saya gembira buat semua orang yang berada dalam keadaan yang susah untuk meraikan sesuatu seperti ini. Chelsea amat kuat, kami juga menunjukkan permainan yang baik... nasib menyebelahi kami kali ini," kata Klopp. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >