Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK LIGA PERDANA INGGERIS MUSIM 2018/2019

Liverpool kian menyerlah, pemain makin menyengat

Aug 09, 2018 | 05:30 AM



LONDON (ENGLAND): Roberto Firmino menyerlah ketika Liverpool mengakhiri aksi pramusim mereka dengan kemenangan selesa 3-1, ke atas pasukan dari Italy, Torino, di Anfield, awal pagi semalam.



Meskipun dijadual membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham Ahad ini, pengurus Jurgen Klopp telah membariskan pasukan berkaliber selain pemain tunggak turut diberikan masa permainan berharga.



Penyerang Brazil, Firmino, beraksi di babak pertama, meletakkan Liverpool di depan sebelum membantu pemain tengah, Georginio Wijnaldum meledak gol kedua.



Penyerang Italy, Andrea Belotti, mengurangkan defisit jaringan buat pelawat menerusi tandukan tetapi sebaik saja Klopp melakukan pertukaran pemain, Daniel Sturridge menyempurnakan hantaran Xherdan Shaqiri, bagi melengkapkan jaringan kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan persahabatan.



Penjaga gol baharu, Alisson memulakan aksi bersama Liverpool sebelum Loris Karius diberi peluang menggantikan pemain Brazil itu di babak kedua.



Karius diberi peluang beraksi hanya dua bulan selepas mengalami gegaran otak dan melakukan dua kesilapan ketika final Liga Juara-Juara yang menyaksikan Liverpool tewas 1-3 di tangan Real Madrid.



Menyentuh tentang perlawanan Ahad ini, Liverpool akan memberikan setiap peluang yang ada kepada kapten, Jordan Henderson, untuk bersedia menghadapi aksi pembuka tirai EPL menentang West Ham United, Ahad ini.



Klopp memberi jaminan itu selepas menyaksikan pemain tengah Liverpool itu kembali menjalani latihan pramusim, sejak Ahad lalu.



Henderson, yang membantu England meraih tempat keempat Piala Dunia, membuatkan pengurus Liverpool berasa kagum dengan tahap kecergasan dimilikinya selepas 20 minit beraksi ketika mereka menewaskan Torino 3-1.



"Kami mahu melihat tindak balasnya. Tetapi dia adalah Hendo, jadi secara jujurnya selepas tampil kali pertama, dia kelihatan seperti sudah berlatih sepanjang tiga minggu," kata Klopp kepada laman web kelab tersebut.



"Dia cukup berpengalaman untuk memastikan dia tidak berdepan situasi sukar apabila kembali menjalani latihan. Dia mampu berlari dua atau tiga batu dalam tempoh dua minit.



"Saya tidak ada bayangan apa yang dilakukannya pada hujung minggu." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >