Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Liverpool kian parah... musim lalu kejar 4 piala... kali ini 1

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



PENYOKONG Liverpool, sekitar setahun yang lalu, masih impikan kemenangan empat trofi bersejarah yang tidak pernah dilakukan di England.



Namun, kini, anak didik Juergen Klopp terkial-kial dalam pertandingan domestik, dengan hanya satu peluang tinggal - dalam Liga Juara-Juara Eropah - untuk memenangi trofi.



Mereka kini kecewa di tangga ke sembilan dalam Liga Perdana England, 21 mata di belakang pendahulu, Arsenal, dan 10 mata di belakang pasukan di tangga keempat dan tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.



Kelmarin, impian mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu juga hangus selepas tewas kepada Brighton - kekalahan kedua berturut-turut dalam dua perlawanan kepada lawan yang sama.



Brighton, yang mara ke pusingan kelima Piala FA berbekal gol kemenangan yang dijaringkan Kaoru Mitoma dalam masa kecederaan, juga berada di tangga keenam dalam liga, tiga tempat di atas Liverpool.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, kapten Liverpool bagi perlawanan itu, Andy Robertson, berkata pasukannya telah bermain di bawah jangkaan.



"Kami tidak bermain sebaik mana yang termampu," kata beliau.



"Di permulaan musim, kami mahukan permulaan yang baru… tapi kini kami telah tersingkir dari dua pertandingan domestik."



Liverpool, sebagai juara bertahan, juga telah tersingkir dari Piala Liga musim ini.



Sebahagian pemerhati berkata jadual permainan Liverpool yang padat pada musim lalu telah memainkan peranan menyebabkan form merosot musim ini.



Musim lalu, Liverpool beraksi dalam 63 perlawanan, dengan pertaruhan tinggi bagi setiap perlawanan, bagi kelab yang memburu kemenangan dalam empat pertandingan utama - Piala FA, Piala Liga, EPL dan Liga Juara-Juara Eropah.



Liverpool memenangi Piala Liga dan Piala FA, tetapi gagal memenangi dua lagi pertandingan itu, dan pemain midfield, Thiago Alcantara, berkata pengalaman musim lalu telah menjejas tenaga pasukan.



Dari segi mental, kegagalan memenangi Liga Juara-Juara dan EPL juga telah mendatangkan kesan.



Kesan kepenatan ke atas pasukan bertambah musim ini, kerana Liverpool bergelut untuk menurunkan pemain terbaik dalam setiap perlawanan kerana masalah kecederaan.



Sebagai contoh, Klopp hanya dapat menurunkan hanya sekali benteng pertahanan pilihan pertama - yang beraksi menentang Real dalam final Liga Juara-Juara musim lalu.



Penyerang utama, Mohamed Salah pula gagal mengulangi kecemerlangan dari musim-musim yang lalu, selepas beliau mengikat kontrak baru lebih lumayan dengan kelab itu.



Beliau juga tidak lagi berpeluang berganding secara konsisten dengan dua pemain yang pernah menjadi tunggak kekuatan barisan depan Liverpool.



Sadio Mane telah berpindah ke Bayern Munich, sementara Roberto Firmino kerap cedera musim ini, dan apabila cergas, tidak dimasukkan dalam pasukan.



Luiz Diaz, antara pemain barisan depan terbaik Liverpool sejak menyertai pasukan tahun lalu cedera jangka panjang, dengan pemain terbaru, Darwin Nunez masih belum memenuhi potensi.



Namun, pemerhati bola sepak berkata Liverpool seharusnya masih gagah walaupun dibebani masalah sedemikian.



Liverpool perlu berusaha dan berharap form akan bangkit menjelang bulan depan, di mana ia akan beraksi dalam beberapa perlawanan besar.



Ia bakal bertemu seteru sekota, Everton dan Newcastle dalam liga, sebelum berentap dengan Real Madrid dalam EPL.



Robertson berkata: "Kami perlu keyakinan diri kami kembali. Kami perlu perbaiki cara permainan dan terus berusaha gigih." - Agensi berita.




ANTARA MASALAH YANG MENIMPA KLOPP



  •  Jadual permainan Liverpool yang padat musim lalu menyebabkan form merosot musim ini.

  •  Dari segi mental, kalah dalam Liga Juara-Juara dan EPL juga telah mendatangkan kesan.

  •  Penyerang utama, Mohamed Salah gagal mengulangi kecemerlangan.

  •  Sadio Mane telah berpindah ke Bayern Munich, sementara Roberto Firmino kerap cedera musim ini.

Luiz Diaz cedera jangka panjang dan pemain terbaru, Darwin Nunez masih belum memenuhi potensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >