LIGA JUARA-JUARA EROPAH
Liverpool lawan Atletico, City bakal bertemu Real
Dec 18, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Manchester City akan berentap dengan Real Madrid, sementara juara bertahan Liverpool akan bersemuka dengan Atletico Madrid dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Chelsea pula akan bertemu Bayern Munich, dalam perlawanan yang mengulangi final 2012, sementara Tottenham Hotspur akan bertemu satu lagi pasukan Jerman, RB Leipzig.