Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIVERPOOL PASUKAN PILIHAN SAYA

Liverpool lebih 'bijak' capai kejayaan

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



DITANYA tentang cabaran yang menanti pasukannya sebagai juara Eropah pada musim baru nanti, Juergen Klopp berkata setiap pasukan pasti memberikan lebih banyak perhatian kepada Liverpool.



Namun perkara itu tidak membuatnya gusar, kerana Liverpool telah membuktikan bahawa ia tahu 'cari jalan' kejayaan dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas mara ke final bagi dua musim berturut-turut.



Dari sudut pandang yang serupa, cara Liverpool bersaing dengan Manchester City pada musim lalu - sehingga perlawanan terakhir Liga Perdana England masing-masing - juga mencadangkan kelab yang belum pernah menjadi juara liga dalam era moden kini sudah 'menemui' jalan yang menghala ke persada liga.



Malah, 97 mata yang dipungut Liverpool dalam 38 perlawanan adalah yang tertinggi diraihnya dalam era ini dan lebih daripada memadai untuk memenangi semua kejuaraan liga sejak 1992, kecuali bagi dua musim yang terkini.



Siapa sangka, kekalahan tunggal yang menimpa Liverpool sepanjang musim - 1-0 kepada City - akhirnya membawa padah. City memenangi kejuaraan liga dengan kelebihan satu mata sahaja.



Namun, kesudahan musim yang 'pahit' itu telah membuka laluan kejayaan bagi Liverpool .



Sebagaimana Liverpool bangkit dan belajar daripada pengalaman ditewaskan Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara dua musim lalu, anak didik Klopp juga akaLiverpon menimba pengalaman daripada drama yang mengiringi persaingan bagi kejuaraan liga musim lalu.



Mohamad Salah dan rakan sepasukannya bukan sahaja tahu mereka mampu bersaing dengan pasukan terbaik dalam liga, malah boleh berbuat demikian dengan skuad yang lebih kecil, dan kecuali kesebelasan utamanya, tidak mengandungi banyak bintang yang dikenali ramai.



Dalam perlawanan Perisai Sumbangsih minggu lalu, Liverpool, yang memulakan perlawanan dengan ragu-ragu, bangkit pada separuh masa kedua untuk mengasak gawang City secara bertubi-tubi.



Hanya ketangkasan penjaga gawang City Claudio Bravo dan 'campur tangan' palang dan tiang gawang mengadang Liverpool daripada menjaringkan gol kedua.



Pasukan bergelar The Reds itu, tanpa Sadio Mane atau James Milner, menunjukkan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dalam liga, walau ia akhirnya tewas menerusi tendangan penalti.



Namun, perlawanan itu menunjukkan keinginan Liverpool yang mendalam untuk menang dan lebih penting lagi, turut menunjukkan sikapnya yang enggan mengaku kalah.



Ini mungkin boleh dilihat dari statistik yang menunjukkan ia menjaringkan sebahagian besar gol kemenangan dalam suku terakhir perlawanan pada musim lalu



Setelah membelanjakan lebih £608 juta ($1 bilion) sejak Klopp menyertai Liverpool pada 2015, Liverpool dijangka tidak membeli sebarang pemain bertaraf bintang musim ini.



Sebaliknya, Klopp telah memberitahu media bahawa beliau yakin dengan keupayaan skuad yang dimilikinya sekarang - kenyataan yang memperkukuh keyakinan pemainnya.



Sebelum musim bermula, Klopp telah 'bermain 'psikologi' menanam azam dan tekad untuk menang dalam pasukannya.



Dan pemain Liverpool telah menunjukkan bahawa mereka antara pemain bola sepak yang paling 'dahaga' kejayaan.



Mungkin ini adalah kelebihan sebenar yang dimiliki Liverpool - azamnya untuk berjaya - dalam usahanya mencipta sejarah dan memenangi trofi Liga Perdana England buat julung-julung kali musim ini.




"Jika kamu menang sesuatu, semua orang akan rasa perlu untuk beritahu kepada kamu - mereka akan ucapkan tahniah, selepas itu di mana mereka menyaksikan perlawanan, bagaimana mereka menyaksikannya, bagaimana perasaan mereka dan bagaimana perasaan keluarga dan rakan-rakan mereka. Semuanya indah, tetapi ia harus menjadi kenangan kamu saja. Saya mahu semua pemain fokus sepenuhnya bagi mengharungi musim baru. Ia sangat penting dan kami akan belajar. Perkara seperti ini tiada dalam mana-mana buku, kamu perlu belajar sendiri."
- Pengurus Liverpool, Juergen Klopp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >