Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool menang lagi... terus beri tekanan pada Man City

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



DALAM satu perlawanan lagi, pengurus Liverpool Jurgen Klopp berpuas hati melihat pasukannya mengatasi cabaran sukar ketika The Reds menang 1-0 ke atas Burnley, yang menghuni tangga terendah Liga Perdana, kelmarin untuk merakam kemenangan liga keempat berturut-turut.



Dalam cuaca berangin dan hujan di Turf Moor, Fabinho menjaringkan satu-satunya gol sebelum waktu rehat dari sepakan sudut.



"Keadaan stadium memungkinkan kami membuat kesilapan dalam perlawanan," kata Klopp.



"Ia sangat sukar untuk mempertahankan bola di udara sebab angin bertiup dari semua arah.''



Burnley, yang berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana, mempunyai beberapa peluang baik sebelum gol Fabinho.



Josh Brownhill menyaksikan percubaan jarak jauhnya diselamatkan penjaga gol Liverpool Alisson, manakala pemain yang dibeli Januari lalu, Wout Weghorst, sepatutnya melakukan lebih baik di depan gawang lawan.



Babak kedua menyaksikan kurang peluang jaringan meskipun pemain gantian Liverpool Diogo Jota hampir menambah gol buat Liverpool di saat akhir namun rembatannya tersasar.



"Kebanyakan peluang mereka adalah ofsaid tapi yang pasti mereka mempunyai detik yang mengancam gawang kami. Itu jelas. Mereka punya kualiti tapi kami menanganinya dengan amat baik," tambah Klopp.



"Kami perlu berusaha gigih dan itulah yang dilakukan pemain. Kami bertungkus-lumus. Saya sangat gembira sebab saya tahu betapa sukar untuk datang bermain dan menang di sini. Saya benar-benar berpuas hati."



Kemenangan itu bermakna Liverpool di tempat kedua, sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City, dengan satu perlawanan dalam tangan ke atas pencabar kejuaraan mereka. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >