LIGA PERDANA ENGLAND
Liverpool perlu tunggu lebih lama dinobat juara
Jadual perlawanan EPL ditangguh hingga 3 April ekoran kebimbangan koronavirus
Mar 16, 2020 | 05:30 AM
BUKAN Everton, tetapi koronavirus merosakkan pesta The Reds dinobat sebagai juara Liga Perdana England (EPL) buat julung-julung kalinya musim ini lebih awal.
Ini selepas pihak pengurusan EPL dan liga-liga bola sepak di England membuat keputusan menggantung semua perlawanannya hingga 3 April ini ekoran kebimbangan mengenai koronavirus.