Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Liverpool tak boleh ke Jerman lawan Leipzig dek Covid-19

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



BERLIN: Liverpool dilarang memasuki Jerman bagi perlawanan Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig pada 16 Februari, kerana peraturan ketat pandemik Covid-19.



"Polis persekutuan Jerman memaklumkan kepada RB Leipzig kes itu (perlawanan bola sepak itu) tidak memenuhi kriteria bagi pengecualian sekatan perjalanan," kata kementerian dalam negeri Jerman dalam satu kenyataan.



Jerman melarang kebanyakan pelancong dari negara lain, termasuk United Kingdom, yang dilanda varian baru koronavirus Covid-19.



Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) telah memberitahu Leipzig supaya mencari jalan alternatif untuk menganjurkan pusingan pertama perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara itu, atau berisiko diberi kekalahan 3-0.



Di bawah peraturan Uefa yang disemak dek Covid-19, sekiranya sekatan yang dikenakan di sesebuah negara mengakibatkan perlawanan tidak dapat dijalankan, "kelab tuan rumah harus mencadangkan tempat alternatif sesuai, yang mungkin di negara berkecuali".



Jika kelab tuan rumah gagal melakukan itu dan perlawanan tidak dapat dijalankan di tempat atau pada tarikh lain, Uefa akan menganggap perlawanan itu telah dilepaskan, dengan pasukan tuan rumah dikira kalah 3-0.



Perancangan bagi perlawanan Leipzig dan Liverpool itu berdepan halangan perjalanan pemerintah Jerman, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Leipzig Oliver Mintzlaff berkata kelab itu akan mencari lokasi alternatif.



"Kami sedang berbincang dan mencari penyelesaian. Kami akan bermain di tempat lain," kata Mintzlaff.



Dengan sekatan oleh Jerman berkuat kuasa hingga 17 Disember, satu lagi alternatif ialah menterbalikkan jadual perlawanan, iaitu Liverpool menjadi tuan rumah perlawanan pusingan pertama.



Leipzig, yang mara ke separuh akhir kejohanan itu musim lalu, dijadualkan bertandang ke Liverpool untuk perlawanan pusingan kedua yang akan dijalankan secara tertutup pada 10 Mac.



Keputusan pemerintah Jerman itu turut menimbulkan persoalan tentang status perlawanan Liga Juara-Juara antara Manchester City dan Borussia Moenchengladbach, yang dijadualkan berlangsung di Jerman pada 24 Februari. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >