Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tetap berbisa tanpa Salah

Jan 22, 2024 | 03:17 PM



BOURNEMOUTH: Liverpool membuktikan mereka tetap berbisa walaupun tanpa penyerang handalan Mohamad Salah.


Mereka menundukkan Bournemouth 4-0 dengan meyakinkan, yang membolehkan mereka kekal di persada Liga Perdana England (EPL), pada awal pagi 22 Januari.

Kemenangan di padang lawan, Stadium Vitality, itu meletak Liverpool lima mata di atas pasukan tempat kedua, juara bertahan Manchester City, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Bermain dalam cuaca buruk, Liverpool gagal menyerlah pada separuh masa pertama tetapi mempamerkan kemampuannya selepas rehat menerusi Darwin Nunez dan Diogo Jota, yang menjaringkan dua gol setiap seorang.

Penyerang Uruguay Nunez membuka jaringan empat minit selepas separuh masa kedua bermula melalui hantaran Jota.

Beliau membalas sumbangan rakannya itu pada minit ke-70 dengan mencipta gerakan bagi gol kedua. Selepas berjaya merebut bola, Nunez membuat hantaran kepada Cody Gakpo yang kemudian mengumpan kepada Jota untuk menjaringkan gol kedua Liverpool.

Jota, penyerang asal Portugal, mendapatkan gol keduanya pada minit ke-79 sebelum Nunez menjadikan 4-0 pada masa tambahan melalui hantaran Joe Gomez.

Sebelum perlawanan, ketiadaan penyerang utama Salah, yang sedang bermain untuk Mesir dalam Piala Negara-Negara Afrika, menimbulkan tanda tanya mengenai kebolehan Liverpool mengekalkan prestasinya.

Namun, prestasi Liverpool sejauh ini mengagumkan, dengan kemenangan ke atas Arsenal dalam pusingan ketiga Piala FA, kemenangan peringkat separuh akhir pertama Piala EFL ke atas Fulham, dan kini kemenangan ke atas Bournemouth dalam EPL.

Gol Nunez dan Jota membuktikan jentera serangan Liverpool tetap berbisa tanpa Salah.

Penyerang Dominic Solanke, yang telah menjaringkan 12 gol musim ini dan memenangi anugerah pemain EPL terbaik bagi Disember, menjadi pemain harapan Bournemouth tetapi beliau gagal mencipta sebarang peluang jaringan dan dikeluarkan pada penghujung perlawanan.

Namun, ia bukan disebabkan kekurangan usaha Solanke, yang menentang pasukan lamanya, tetapi keteguhan pertahanan Liverpool, yang dikawal rapi oleh Virgil van Dijk dan Ibrahima Konate.

Dalam perlawanan EPL lain, pemain Sheffield United Oli McBurnie menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-103 bagi membolehkan pasukannya seri 2-2 dengan West Ham.

Keputusan itu menambah tekanan ke atas pengurus West Ham David Moyes, dengan ada penyokong menyuarakan keraguan tentang kebolehannya di media sosial.

West Ham gagal mencapai sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terakhir mereka dan mereka disingkirkan daripada Piala FA pada 17 Januari.

Namun, mereka masih menduduki tempat keenam EPL dan terus bersaing di Eropah kerana memenangi Liga Persidangan Eropah pada musim lalu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >