Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tetap gigih berjuang rebut Piala Carabao walau hadapi masalah kecederaan

Feb 22, 2024 | 02:42 PM



ANFIELD: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya bahawa Chelsea merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan peringkat akhir Piala Carabao.


Namun, beliau menegaskan pasukannya akan tetap berjuang untuk memenangi perlawanan itu.

Ia menjadi harapan meskipun pasukannya mempunyai beberapa pemain utama yang cedera.

Pasukan yang kini menduduki tempat teratas Liga Perdana England (EPL) itu bermain tanpa sembilan pemain utama mereka semasa mencatat kemenangan 4-1 ke atas Luton pada 22 Februari.

Sebilangan pemain seperti Alisson, Trent Alexander-Arnold, Diogo Jota, Mohamed Salah, Thiago, Dominik Szoboszlai, Joel Matip, Curtis Jones dan Darwin Nunez tidak dapat bermain dalam perlawanan itu kerana masalah kecederaan.

Liverpool akan menentang Chelsea di peringat akhir Piala Carabao di Stadium Wembley pada 25 Februari.

“Kami harus lihat (siapa yang bersedia untuk perlawanan peringkat akhir), tetapi seperti yang saya katakan sebelum perlawanan (menentang Luton), selagi kami mempunyai 11 pemain, kami akan berjuang untuk memenangi perlawanan itu,” kata Klopp.

“Adakah kami dijangkakan untuk menang? Pastinya tidak.”

“Sejak kali terakhir kami menentang mereka (Chelsea), mereka telah mempertingkatkan prestasi mereka dan ini akan menjadi perlawanan yang sukar,” tambah Klopp.

Beliau mengesahkan sebelum perlawanan menentang Luton bahawa Jota tidak boleh bermain untuk beberapa bulan akibat kecederaan lutut, manakala Jones menghadapi kecederaan ligamen tulang dan Alisson pula menghadapi masalah otot.

Alexander-Arnold, Szoboszlai dan Thiaga semuanya mempunyai kecederaan jangka panjang tetapi Klopp enggan memberi komen tentang kesediaan Salah dan Nunez untuk perlawanan menentang Chelsea.

Salah yang baru kembali daripada kecederaan yang dialaminya semasa Piala Negara Afrika, menjaringkan gol selepas menggantikan tempat Jota semasa kemenangan mereka ke atas Brentford pada 17 Februari.

Tanpa kehadiran pemain utamanya, Klopp terpaksa meletakkan kepercayaannya kepada seluruh pasukannya dalam usaha meluaskan jurang dengan pasukan di tempat kedua EPL.

Klopp memulakan perlawanan menentang Luton dengan pasukan yang mempunyai usia purata 25 tahun dan 68 hari iaitu pasukan termuda mereka sejak Februari 2018.

Mereka juga mempunyai lima pemain simpanan yang berusia 19 tahun dan ke bawah. Pemain tengah, Trey Nyoni, 16 tahun, adalah antara pemain simpanan itu.

Pemain berusia 18 tahun, Jayden Danns, mendapat penampilan senior pertamanya pada minit ke-89, dan mempunyai peranan dalam gol keempat Liverpool dengan hantaran bola akhirnya jatuh kepada Harvey Elliot.

“Pemain muda bermain dengan hebat. Agak mengagumkan bagaimana kita dapat membimbing generasi seterusnya,” kata Klopp.

“Sudah tentu ia tidak sempurna. Kami pernah katakan: Berapa perlawanan akan Jarell Quansah main jika Joel Matip tidak cedera?”

“Quansah telah pertingkatkan dirinya. Sama juga dengan Conor (Bradley) ,Bobby (Clark) dan James McConnell. Peningkatan yang menakjubkan dalam pemain muda kami,” tambah Klopp.

Dalam musim terakhir di bawah bimbingan Klopp pada 2024, Liverpool kekal dalam perjuangan untuk merebut empat piala pada musim ini, dan mereka ingin menambah lebih banyak piala daripada enam piala yang telah Klopp raih sejak tiba di Liverpool pada 2015. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >