Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool tidak jadi beli Jude Bellingham

Apr 12, 2023 | 10:09 AM



LONDON: Liverpool tidak akan mendapatkan khidmat pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham, pada musim panas ini akibat belanja yang perlu dikeluarkan.



Pemain berusia 19 tahun itu telah dikaitkan dengan The Reds namun sebarang pemindahan bagi pemain antarabangsa England itu bermakna kelab perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya £100 juta ($165.6 juta).



Saiz tawaran itu berbanding dengan perubahan yang diperlukan di Liverpool bermakna mereka tidak menimbangkan pemindahan tersebut sebagai sesuatu yang boleh dicapai.



Pada masa ini Liverpool di tanggan kelapan Liga Perdana England (EPL) dan 12 mata di belakang empat pendahulu pasukan teratas.



Cabaran yang dihadapi mereka musim ini membuat pengurus pasukan Jurgen Klopp pernah berkata bahawa kelab itu memerlukan perubahan semasa musim panas akan datang dan beliau sendiri lahirkan hasrat untuk mendapatkan Bellingham.



“Dengan semua kemahiran yang dimiliki dan boleh diperbaikinya, saya boleh katakan bahawa apa yang dimilikinya ketika ini sukar untuk dipelajari dan perkara yang boleh diperbaikinya mudah baginya untuk pelajari,” kata Klopp mengenai Bellingham pada Disember lalu menyusuli persembahan pemain berbakat itu semasa Piala Dunia 2022.



“Memang ya beliau seorang pemain handal. Apa lagi yang boleh saya katakan?

“Saya telah memikirkannya sejak dua tiga tahun lalu sejak beliau bermain di Dortmund,” ujarnya.



Bellingham yang berpindah ke Dortmund dari Birmingham City pada usia 17 tahun pada 2020, telah bermain sebanyak 37 kali untuk pasukan Jerman itu musim ini dan menjaringkan 10 gol selain membuat enam bantuan.



Beliau masih digemari di Anfield namun keputusan untuk tidak mendapatkan khidmatnya itu bukan kerana pemain itu sendiri, namun kerana keutamaan bagi kelab tersebut pada ketika ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >