Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON TERBUKA INDIA

Loh mahu menang tapi realistik 'tiada siapa menang setiap masa'

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



JUARA badminton dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, menyasar kemenangan namun tetap realistik mengenai peluang beliau di kejohanan Terbuka India, yang menawarkan hadiah wang tunai AS$400,000 ($541,000).



Loh, 24 tahun, dijadual berdepan pemain ranking ke-70 dunia dari Malaysia, Soong Joo Ven, hari ini, dalam perlawanan bagi menempah tempat di suku akhir.



Kelmarin, beliau mengharungi halangan pertama tahun ini dengan menumpaskan pemain nombor 69 dunia dari Canada, Sheng Xiaodong, 16-21, 21-4, 21-13 dalam pusingan pertama Terbuka India.



Kejohanan itu adalah acara Super 500, iaitu tahap keempat dalam pertandingan litar Lawatan Persekutuan Badminton Sedunia.



Selepas kemenangannya kelmarin, Loh memberitahu The Straits Times: "Tiada siapa dapat berada di prestasi terbaik dan menang setiap masa.



"Ia adalah tahun baru dan permulaan baru bagi saya. Saya harap saya dapat melupakan tentang kejuaraan dunia dan mula daripada bawah sekali lagi."



Selepas merangkul gelaran dunia di Huelva, Sepanyol, pada 19 Disember lalu, Loh pulang ke Singapura selama 11 hari sebelum berangkat ke Dubai untuk berlatih bersama pemain nombor satu dunia yang juga juara Sukan Olimpik Viktor Axelsen.



Walaupun kelihatan telah pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami di Sepanyol, Loh, pemain ranking ke-15 dunia, kurang menyerlah dan melakukan beberapa kesilapan sendiri dalam permainan pertama.



Tetapi, beliau kemudian meningkatkan rentak dan variasi pukulan untuk merampas kemenangan daripada lawannya dalam masa 50 minit dan mara ke pusingan kelompok 16 pemain terakhir.



Soong, 26 tahun, memberitahu The Star beliau ghairah bagi pertembungan sulungnya dengan seorang juara dunia, dan berkata:



"Apa yang Kean Yew berjaya capai di Kejohanan Sedunia sangat memberi inspirasi.



"Saya fikir beliau membuktikan kepada semua orang bahawa tiada apa yang mustahil apabila anda percaya pada diri anda sendiri."



Dalam perseorangan wanita, pemain nombor 17 dunia Singapura Yeo Jia Min selesa menundukkan warga Amerika Syarikat yang menduduki ranking ke-105 dunia, Disha Gupta, 21-7, 21-10 dalam masa 23 minit.



Yeo, 22 tahun, akan bertemu pemain nombor 159 dunia dari India, Anupama Upadhyaya, hari ini untuk cuba menempah tiket ke pusingan suku akhir.



Jurulatih nasional bagi acara perseorangan Kelvin Ho memuji keupayaan Loh dan Yeo bangkit dan "bermain pada tahap intensiti lebih tinggi" semasa perlu mengatasi lawan di ranking lebih rendah.



Yeo, pemain pilihan ketiga kejohanan ini, berkata: "Selepas Kejohanan Sedunia, saya mengambil cuti seminggu dan kembali berlatih seminggu sebelum tiba di India.



"Saya rasa ghairah unutk bertanding semula dan ia adalah permulaan baik bagi perlawanan pertama dan saya masih menyesuaikan diri pada keadaan angin.



"Saya harap saya dapat menang sebanyak perlawanan yang mungkin ketika saya di sini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >