Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ITALY

Lukaku ingin kekal di Inter Milan

Jun 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Romelu Lukaku telah mengesahkan keinginan beliau untuk kekal di Inter Milan musim depan meskipun terdapat minat dari kelab Liga Perdana.



Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim yang cemerlang di Italy dan memimpin pasukan Antonio Conte menjulang Scudetto (trofi kejuaraan Liga Italy), menamatkan kemenangan domestik Juventus selama sembilan tahun berturut-turut.



Hasil 24 golnya daripada 36 penampilan dalam Serie A berjaya meraih Lukaku anugerah Pemain Terbaik liga musim ini dan menarik minat Chelsea dan Manchester City untuk membawa beliau kembali beraksi dalam Liga Perdana.



Namun, bercakap dari kem latihan Belgium menjelang Euro 2020, Lukaku mengesahkan beliau tidak akan melihat untuk membuat pemindahan dari San Siro pada musim panas ini.



Ini meskipun Conte telah mengundurkan diri sebagai ketua jurulatih dan akan digantikan oleh Simone Inzaghi.



"Ya, saya akan kekal (di Inter Milan)," kata Lukaku kepada penyiar Belanda, VTM.



"Saya sudah berhubung dengan individu yang lazimnya menjadi pengurus baru kami. Mungkin saya belum boleh mengatakannya...tetapi ia adalah perbualan yang sangat positif.



"Terdapat juga cabaran untuk melakukannya sekali lagi (menang liga bersama Inter). Saya rasa baik di Inter."



Lukaku dinilai pada kira-kira £100 juta ($187 juta) oleh Inter dan mereka mahu menjual sekurang-kurangnya salah seorang pemain berprofil tinggi mereka.



Perkara ini dikatakan menjadi sebahagian daripada sebab keputusan Conte untuk berhenti menjadi pengurus kelab itu minggu lalu.



Mantan bos Chelsea itu, yang kini dalam perbincangan untuk menyertai Tottenham, diberitahu bahawa Inter perlu membuat potongan bajet sebanyak £86 juta untuk musim depan.



Menurut SkySports di Italy, Achraf Hakimi kekal menjadi bintang Inter yang berkemungkinan besar akan meninggalkan kelab musim panas ini, dengan pemain nasional Morocco yang dinilai pada harga £70 juta itu hangat diburu Paris Saint-Germain.



Lukaku kini sedang membuat persiapan bagi Euro 2020 bersama Belgium, pasukan nombor satu dunia.



Belgium disertakan dalam Kumpulan B bersama Russia, Denmark dan Finland. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >