Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH - PEMINDAHAN PEMAIN

Lukaku kembali aksi di Italy bersama Inter musim depan

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Kelab Italy, Inter Milan, bersetuju mengikat perjanjian untuk menandatangani penyerang Romelu Lukaku bagi tempoh pinjaman selama semusim dari Chelsea.



The Blues mendapatkan Lukaku, 29 tahun, dari Inter dengan harga £97.5 juta ($165.7 juta) pada Ogos 2021, tetapi beliau akan pulang ke pasukan Serie A itu selepas gagal menyerlah di England musim lalu.



Bayaran pinjaman bagi Lukaku adalah kira-kira £6.9 juta.



Penyerang antarabangsa Belgium itu menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan untuk Chelsea musim lalu, dengan lapan gol dalam 26 penampilan Liga Perdana England (EPL).



Difahamkan Lukaku sanggup mengambil potongan gaji untuk menyertai semula Inter, yang menjuarai Serie A pada musim 2020-21 dengan beliau menerajui bahagian serangan mereka.



Keadaan kewangan kelab Italy itu bermakna ia mustahil untuk menandingi gaji Lukaku atau secara langsung membeli penyerang tersebut.



Namun presiden Inter, Steven Zhang, secara peribadi terlibat dalam perundingan Isnin lalu, yang dianggap sebagai penting.



Lukaku, yang meninggalkan Chelsea untuk menyertai Everton pada £28 juta pada 2014, kembali ke Stamford Bridge musim lalu selepas mengikat perjanjian lima tahun dengan bayaran yang memecah rekod kelab.



Namun, beliau meminta maaf bagi satu wawancara semasa musim lalu di mana beliau berkata beliau tidak berpuas hati dengan peranannya di bawah jurulatih Thomas Tuchel dan ingin pulang ke kelab Italy itu dalam masa terdekat.



Lukaku hanya mampu menemui sasaran tiga kali dalam 15 aksi tahap tinggi terakhirnya untuk Chelsea musim lalu.



Pasukan kendalian Tuchel menamatkan musim EPL lalu di tangga ketiga, manakala mereka tewas di tangan Liverpool pada sepakan penalti dalam kedua-dua final Piala FA dan Piala Liga.



Inter muncul naib johan Serie A musim lalu - dua mata di belakang musuh ketat, AC Milan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >