Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Lukaku siap bagi Chelsea hadapi Arsenal

Penyerang berkata beliau kini lebih matang, punya jangkaan lebih tinggi terhadap dirinya
Aug 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Romelu Lukaku, yang bersedia beraksi semula bagi Chelsea, berkata beliau kini lebih matang sebagai pemain.



Kini berusia 28 tahun, Lukaku menghabiskan masa tiga tahun di kelab itu, antara 2011 dengan 2014, sebelum berpindah ke Everton, Manchester United dan Inter Milan.



Minggu lalu, Chelsea mengambilnya semula, membayar Inter harga rekod £97.5 juta ($182 juta).



"Kematangan amat penting dalam bola sepak. Saya rasa saya telah belajar lebih banyak mengenai diri saya sendiri, dan sekarang mempunyai jangkaan lebih tinggi terhadap diri saya," ujar Lukaku, semasa diperkenal sebagai pemain Chelsea lagi.



Pemain asal Belgium itu berkata beliau telah kembali cergas dan boleh menyertai pasukan itu apabila ia menghadapi Arsenal hujung minggu ini.



Ini selepas beliau menyertai latihan pramusim penuh bersama Inter, yang memenangi kejuaraan liga Serie A musim lalu.



Lukaku menambah: "Sebagai seorang pemain, saya anggap diri saya kini lebih lengkap. Di Italy, permainan bola sepak berbeza. Ruang yang diberi lebih kecil dan bola sepak dimainkan secara lebih teknikal dan taktikal... dua perkara yang banyak membantu saya.



"Saya telah melengkapkan latihan pramusim. Buat masa ini, saya hanya ingin mengenali rakan sepasukan saya di Chelsea dengan lebih baik.



"Selepas itu, terpulang pada pengurus untuk menurunkan saya bagi sebarang perlawanan."



Beliau bakal menyarung jersi nombor sembilan di Stamford Bridge, selepas pemilik nombor itu, Tammy Abraham, berpindah ke Roma.



Lukaku berkata beliau berkebolehan dan bersedia diletak di mana-mana, mengikut sistem yang dikehendaki pengurus Thomas Tuchel.



"Memang, permainan dalam EPL berbeza daripada permainan di Italy, tetapi ia bukan sesuatu yang baru buat saya. Saya boleh menyesuaikan diri dengan apa yang dikehendaki pengurus... apa yang diperlukan pasukan.



"Di luar padang, saya seorang pemain yang suka menjalin hubungan baik dengan semua orang dan membuat mereka berasa selesa. Ini akan memberi mereka keyakinan diri untuk beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan," ujar nya lagi.



Du perlawanan menjasdi tumpuan dalam minggu kedua EPL. Selain perlawana derby antara Chelsea dan Arsenal, Nuno Esperito Santo akan memimpin pasukan barunya Tottenham Hotspur menentang pasukan yang dipimpinnya musim lalu, Wolverhampton Rovers.



Juara bertahan Manchester City pula terdesak mendapatkan mata pertama apabila bertemu Norwich City di Stadium Etihad, selepas tewas 1-0 kepada Spurs minggu lalu.



Liverpool menentang Burnley dalam perlawanan awal esok, sementara Manchester United berentap dengan Southampton pada Ahad. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >