Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ayam tambatan

Feb 27, 2022 | 5:30 AM
SADIO Mane (atas) - Foto AFP
SADIO Mane (atas) - Foto AFP -

Usah main-main dengan Mane

SADIO Mane mungkin tidak setaraf dengan Mohamad Salah di mata penyokong Liverpool, namun rekod menunjukkan pemain dari Senegal ini terbukti handal dalam pertemuan antara Liverpool dengan Chelsea.

Beliau telah menjaringkan lapan gol semasa menentang Chelsea dalam semua pertandingan, walaupun beliau belum lagi menjaringkan gol dalam tiga perlawanan Piala Liga. Kali terakhir Mane beraksi dalam pertandingan ini adalah dalam pusingan ketiga pada musim 2018-19, bertemu Chelsea.

Namun cara akrobatik Mane menjaringkan gol semasa menentang Norwich dalam EPL baru-baru ini, dan ketangkasannya menyemarak rakan sepasukannya dalam final Piala Negara-Negara Afrika baru-baru ini, buktikan Mane dalam 'form' baik dan boleh menyerlah di Wembley.

Lukaku sudah pulih dari luka di hati?

DI WEMBLEY tengah malam ini, Romelu Lukaku (kiri) perlu membuktikan beliau pemain yang boleh menjaringkan gol bagi kelabnya.

Pemain dari Belgium itu masih terumbang ambing dalam Liga Perdana England (EPL) dan dalam perlawanan menentang Crystal Palace, beliau hanya menyentuh bola enam kali dan kelihatan masih belum pulih daripada pertelingkahan dengan pengurus Thomas Tuchel ekoran wawancara dengan media Italy di mana beliau lahirkan rasa kurang senang hati di kelab itu.

Keadaan telah pulih - mengikut dakwaan pegawai perhubungan kelab tersebut - tetapi sikap Lukaku di padang masih di bawah jangkaan.

Namun, final dengan Liverpool ini adalah peluang terbaik bagi Lukaku menunjukkan beliau pemain profesional dan pemain barisan depan yang harus disegani, terutama dalam tahun Piala Dunia.

Lukaku yang manakah akan muncul di Wembley malam nanti? Yang sangat berjaya di Inter Milan, atau yang beraksi di bawah jangkaan di Manchester United dan kini di Chelsea?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg