Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Madrid tak semeriah Sepanyol berpesta gol

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



IA satu perlawanan Piala Dunia amat mengagumkan. Sepanyol menundukkan Costa Rica 7-0 pada perlawanan pembukaan mereka Rabu lalu. Ia kemenangan terbesar Sepanyol di pentas terbesar kejohanan bola sepak. Tapi di ibu kota Madrid, sambutan kemenangan itu tidak semeriah dijangka.



Penyokong Sepanyol berpusu-pusu ke restoran dan bar untuk menyaksikan perlawanan itu secara langsung di televisyen. Sebaik wisel penamat ditiup, sorakan kedengaran. Namun, tiada sambutan gah diadakan. Tiada penyokong kuning merah membanjiri kawasan pusat bandar dengan bendera negara mereka untuk berpesta. Ia tidak seperti di England, di mana beberapa zon penyokong disediakan.



Saya, ketika berada di Madrid minggu lalu, mendapati penduduk tempatan baru 'memanaskan' suara dan semangat mereka masih 'dibina'. Beberapa penyokong yang ditemui berkata terlalu awal untuk merai kemenangan itu, dan ramai daripada mereka sedang menunggu untuk melihat apakah Sepanyol berdaya mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir.



Seorang penyokong, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Mateo, berkata beliau memang telah menjangka bilangan penyokong tidak begitu ramai pada perlawanan pertama, lebih-lebih lagi ia dijalankan pada waktu ramai penduduk Sepanyol masih berada di tempat kerja.



Beliau berkata: "Perlawanan bermula pada 5 petang, pada waktu ramai daripada kami masih bekerja. Mungkin ada yang pulang ke rumah untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana esoknya mereka masih perlu bekerja."



Sepanyol memulakan perlawanan dengan langkah kanan dan mendahului pada separuh masa dengan tiga gol. Pasukan kendalian Luis Enrique itu terus menghukum benteng Costa Rica pada separuh masa kedua dengan dua gol dijaringkan pada minit ke-90 dan ke-92.



Di sebuah bar sukan di tengah-tengah Madrid, tiga sekawan - Cik Lucia Ramos, Cik Chatman Amrin dan Cik Ana Humanes - gembira dapat menyaksikan perlawanan itu bersama. Mereka antara penyokong yang menunjukkan semangat dengan berpakaian serba merah kuning, lengkap dengan jersi pasukan negara mereka dan bendera negara.



Cik Ramos, 18 tahun, berkata beliau dan rakan-rakannya merancang menonton setiap perlawanan Sepanyol bersama-memandangkan ia pengalaman Piala Dunia pertamanya.



"Sebelum Piala Dunia, pandemik Covid-19 melanda dunia dan kami tidak mempunyai peluang ini (menonton bersama). Dapat menonton dan menyokong pasukan kegemaran kami ialah satu pengalaman menarik. Kami ada pasukan sangat kuat dan saya harap kami boleh ke final," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >