Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU: PIALA DUNIA

Maghribi cipta sejarah bagi Afrika

Gol tunggal tandukan En-Nesyri singkir Portugal, bawa pasukan sertai kelab 'Separuh Akhir Piala Dunia'
Dec 12, 2022 | 05:30 AM



SEJARAH tercipta.



Sebuah pasukan Afrika akhirnya berjaya menyertai kelab "Separuh Akhir Piala Dunia" yang diimpikan ramai dan sering dikuasai negara Eropah dan Amerika Selatan.



Tiga pasukan Afrika sebelumnya telah mara ke suku akhir kejohanan tetapi tidak mampu melangkah lebih jauh.



Kali ini, ia berbeza.



Sentuhan magis Maghribi terus menyerlah di Qatar dan kali ini Cristiano Ronaldo dan Portugal menjadi mangsa terbaru mereka awal pagi semalam (waktu Singapura).



Pasukan gergasi Eropah seperti Sepanyol, Belgium dan Croatia sebelum ini telah merasakan taring mereka.



Tandukan tunggal Youssef En-Nesyri dalam babak pertama aksi suku akhir semalam cukup untuk membawa pasukan Afrika Utara itu ke separuh akhir - yang pertama dari benua tersebut dalam sejarah Piala Dunia.



"Kami kini menjadi pasukan yang disukai ramai sebab kami menunjukkan apa yang kami dapat capai," kata pengurus Maghribi, Walid Regragui.



"Jika anda menunjukkan semangat, jiwa dan keyakinan, anda boleh berjaya dan pemain telah memaparkan sedemikian.



"Ia bukan ajaib - seperti mereka yang di Eropah katakan - tetapi kami telah menewaskan Portugal, Sepanyol, Belgium dan mencatat keputusan seri menentang Croatia tanpa dibolosi gol. Itu adalah hasil kerja keras.



"Pasukan Afrika dan Arab berusaha gigih tetapi kami telah membuat warga kami gembira dan bangga. Seluruh benua berasa bangga. Apabila anda menonton Rocky Balboa (merujuk filem Rocky), anda mahu menyokongnya dan kami ialah Rocky Piala Dunia."



Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010) semuanya terkandas di suku akhir tetapi Morocco semalam mengubah nasib pasukan Afrika dalam Piala Dunia untuk menyebabkan suasana riuh-rendah di Stadium Al Thumama.



"Alhamdulillah, kami berpeluang memenangi kejuaraan Piala Dunia dan seluruh dunia kini bersama Maghribi, insya-Allah," kata Regragui dalam sidang medianya selepas perlawanan.



Menurut Walid, ini adalah kali pertama beliau menangis di penghujung perlawanan.



" Saya perlu menjadi contoh dan menunjukkan saya kuat dari segi mental tetapi kadangkala ia terlalu berat untuk anda.



"Melangkah ke separuh akhir Piala Dunia, emosi hanya mencurah-curah. Saya berbohong jika kami fikir kami akan sampai ke peringkat ini. Saya tidak dapat mengawal air mata."



Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, pemain terbaik perlawanan, menambah: "Kami di sini untuk mengubah mentaliti dan menyingkirkan rasa rendah diri. Maghribi bersedia menentang sesiapa sahaja di dunia, melangkaui separuh akhir dan apa-apa lagi.



"Kami telah mengubah mentaliti ini dan generasi akan datang selepas kami akan tahu pemain Maghribi dapat mencipta keajaiban.



"Saya ada pemain hebat bersama saya dan mereka semua adalah luar biasa. Apabila mana-mana pasukan kini berdepan Maghribi, mereka akan tahu mereka boleh bermain di tahap tertinggi."



Maghribi bukan hanya menjadi negara Afrika pertama, malah pasukan Arab pertama dari negara dengan majoriti penduduk Muslim berjaya melangkah ke pusingan empat pasukan terakhir dalam kejohanan terbesar dunia bola sepak.



Pasukan itu telah mempamerkan kepercayaan agama Islam mereka di padang, dengan membaca surah Al-Fatihah ketika berhimpun sepasukan sebelum kejayaan mereka menerusi sepakan penalti ke atas Sepanyol pada pusingan sebelumnya.



Seperti yang mereka lakukan ketika itu juga, pemain dan kakitangan pasukan melakukan sujud syukur di hadapan penyokong mereka selepas kemenangan ke atas Portugal.



Kejayaan Maghribi istimewa, bukan hanya kerana dapat mencipta sejarah, malah menjadi lambang penyatuan untuk negara Afrika dan Islam.



Dan lebih menakjubkan lagi, dunia dapat menyaksikan detik menyentuh hati ini di tanah Arab, Qatar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >