Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Maghribi gegarkan Piala Dunia dengan semangat, keyakinan

NOOR ALI

Dec 17, 2022 | 05:30 AM



PELAJARAN terbesar daripada persembahan bersejarah Maghribi dalam Piala Dunia 2022 adalah sifat bersatu hati pasukan itu.



Kita harus memberi penghormatan pada tahap sepasukan mereka buat masa ini.



Walaupun mereka kalah kepada Perancis dalam separuh akhir awal pagi Khamis lalu, mereka tetap melakukan sujud syukur dan kekal bersama sebagai sepasukan.



Mereka berasa bangga dan bersyukur dengan pencapaian mereka sepanjang kejohanan, yang mana tiada ramai orang menjangka.



Apa yang mengagumkan juga ialah jurulatih mereka, Walid Regragui.



Beliau meletakkan segala kepercayaan terhadap pemainnya.



Sebelum kejohanan, beliau berkata kepada pemain bahawa mereka tidak ke Piala Dunia untuk hanya menyertainya.



Sebaliknya, mereka ke sana untuk menangi Piala Dunia.



Regragui menekankan kepercayaan ini pada pemainnya dan membuat mereka yakin bahawa matlamat itu dapat dicapai.



Dan apabila kita menonton semua perlawanan Maghribi menentang pasukan gergasi seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal dalam Piala Dunia, mereka bermain dengan yakin mengikut struktur permainan tertentu dan kekal memainkan gaya bola sepak itu.



Maghribi turut yakin dengan keupayaan jurulatih mereka dan itulah aset terbesar yang mereka miliki.



Kini, cara mereka mempertahankan benteng menjadi topik perbualan dalam media sosial.



Sebelum perlawanan separuh akhir, mereka hanya membolos satu gol sepanjang kejohanan.



Ini menunjukkan betapa kuatnya mereka secara sepasukan dan pujian harus diberikan kepada jurulatih.



Saya fikir ia adalah kerja gila untuk seorang jurulatih membimbing pasukan ke Piala Dunia menentang pasukan besar seperti Perancis dan Portugal dan berkata bahawa mereka akan menang Piala Dunia.



Namun, apa yang menakjubkan adalah pemain percaya pada aspirasi itu.



Dan Regragui juga memastikan bukan hanya pemain yang mempercayainya, tetapi juga ahli keluarga mereka, penyokong dan orang disekeliling, yang dapat bersatu dan yakin bahawa Maghribi boleh mencapai matlamat itu.



Itu sahaja adalah pencapaian sangat besar untuk negara tersebut.



Persembahan Maghribi di Qatar juga membuka mata ramai kepada bakat yang ada dalam skuad mereka.



Achraf Hakimi mengagumkan saya. Pemain bek kanan itu berjaya mengawasi antara pemain sayap hebat dunia dan mereka tidak dapat beraksi dengan baik dalam perlawanan.



Pemain midfield Sofyan Amrabat, penyerang Youssef En-Nesyri dan dua pemain sayap, Hakim Ziyech dan Sofiane Boufal juga menarik tumpuan saya.



Tidak dilupakan, penjaga gol Yassine Bounou yang telah memainkan peranan penting dalam kejohanan.



Pemain ini telah membawa Maghribi ke tahap yang lebih tinggi dalam Piala Dunia ini.



Mungkin kita akan dapat melihat mereka bermain dalam liga-liga besar pada masa terdekat ini? Mungkin juga.



Justeru, potensi pemain inilah yang menimbulkan kejutan buat ramai dan untuk saya, mereka ialah pasukan pilihan yang telah beraksi cemerlang dalam Piala Dunia 2022.



Melihat persembahan padu mereka di Qatar, saya berharap Maghribi dapat mengakhiri kejohanan dengan kemenangan manis ke atas Croatia dalam perlawanan penentu tempat ketiga dan keempat kejohanan malam ini.




► - Penulis ialah jurulatih Geylang International. Rencana ini berdasarkan perbincangan podcast #NoTapis 'Extra Time', sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >