Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maguire hebat di peringkat tertinggi: ten Hag

Dec 14, 2022 | 5:30 AM
PEMAIN BAIK: Menganggap Harry Maguire (atas) sebagai seorang pemain baik, ten Hag berkata apabila bekerja keras, Maguire akan mendapat keyakinan diri dan itu yang lihat semasa beliau bermain bagi England dalam Piala Dunia. - Foto REUTERS.
PEMAIN BAIK: Menganggap Harry Maguire (atas) sebagai seorang pemain baik, ten Hag berkata apabila bekerja keras, Maguire akan mendapat keyakinan diri dan itu yang lihat semasa beliau bermain bagi England dalam Piala Dunia. - Foto REUTERS. -

ENGLAND: Harry Maguire boleh menjadi pemain hebat buat Manchester United jika beliau memaparkan prestasi yang sama seperti yang ditunjukkannya semasa bermain bagi England, kata pengurus United Erik ten Hag.

Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu tampil hanya sekali dalam Liga Perdana England (EPL) sejak Ogos, apabila beliau kemudian digugurkan menyusuli kekalahan 4-0 United kepada Brentford.

Namun, Maguire diberi kepercayaan untuk bermain dalam kesebelasan utama England hingga ke peringkat suku akhir dalam Piala Dunia Doha 2022.

"Saya ditanya beberapa kali. Sudah jelas beliau memang pemain hebat yang berupaya bermain di peringkat tertinggi.

"Beliau bermain baik bersama England sepanjang masa.

"Memang ada tempoh beliau tidak beraksi dengan baik semasa mewakili Manchester United.

"Masa itu memang sukar buatnya. Tapi bila beliau bekerja keras, beliau akan mendapat keyakinan diri.

"Itulah yang anda boleh lihat semasa beliau bermain bagi England," kata ten Hag.

Menurut ten Hag, beliau memilih Raphael Varane dan Lisandro Martinez sebagai pilihan utamanya di barisan jentera pertahanan tengah pada permulaan musim pertamanya di Old Trafford.

Maguire dijangka bermula untuk United semasa kelab itu bertemu Nottingham Forest dalam perlawanan EPL pada 27 Disember, dan ten Hag berkata pemain itu akan berpeluang membuktikan dirinya sebagai pilihan utama pemain pertahanan di Old Trafford.

"Saya masih ada dua hingga tiga pemain baik di posisi tengah pertahanan.

"Selepas tewas pada Brentford, saya terpaksa mengubah mentaliti pemain. Varane kemudian tampil dan bermain dengan baik.

"Dalam bola sepak, pemain perlu mengambil peluang yang disajikan," kata ten Hag lagi. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg