Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022

Maguire selamatkan England

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Gol kemenangan Harry Maguire pada saat-saat akhir membantu England meraih mata maksimum daripada tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 apabila mereka mengatasi Poland 2-1 di Wembley kelmarin.



Poland menyajikan ujian yang lebih sukar berbanding lawan sebelumnya, San Marino dan Albania, dan ia kelihatan seperti England terpaksa berpuas hati dengan satu mata sehingga Maguire menemui sasaran lima minit sebelum wisel penamat.



England beraksi hebat dalam babak pertama menyebabkan mereka mendahului kedudukan ketika Harry Kane meledakkan gol antarabangsa ke-34 beliau dengan menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-19.



Ini berikutan kekasaran Michal Helik terhadap Raheem Sterling.



Namun, kesilapan pemain Manchester City John Stones menghadiahkan pemilikan bola kepada Poland, yang tanpa bintang penyerang Robert Lewandowski akibat kecederaan, dengan Jakub Moder merebut peluang membolosi gawang Nick Pope.



Ia adalah gol pertama dibolos Pope dalam tujuh penampilan beliau untuk England.



Tetapi, Stones menebus kesilapannya dengan menanduk hantaran sudut Phil Foden untuk melakukan 'assist' bagi gol Maguire yang mengekalkan rekod sempurna Southgate dalam kempen kelayakan ini.



Bercakap kepada ITV Sport kelmarin, Maguire berkata:



"Ia adalah kemenangan besar. Kami bermain untuk beraksi di Piala Dunia. Kami mula permainan dengan baik tetapi dalam babak kedua, kami tidak.



"John [Stones] beraksi hebat tahun ini. Pemain pertahanan melakukan kesilapan dan apabila ia berlaku, kami akan dinilai. Dia tebus kesilapannya dengan melakukan tandukan mantap di hujung gawang."



Sementara itu, gol babak kedua Antoine Griezmann cukup untuk memberikan juara bertahan dunia Perancis kemenangan 1-0 ke atas Bosnia-Herzegovina.



Setelah babak pertama tanpa gol, Griezmann membuka jaringan pada minit ke-60 dengan tandukan dari jarak dekat.



Benjamin Pavard menyaksikan rembatan kuatnya diselamatkan dengan Perancis berusaha menambah jumlah jaringan.



Tetapi, pada akhirnya mereka gagal memperluaskan kedudukan mereka.



Kemenangan bermakna Perancis kini mendahului Kumpulan D dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.



Kapten Hugo Lloris memainkan peranan besar untuk memastikan Perancis menggenggam tiga mata penuh setelah menyelamatkan beberapa rembatan hebat dalam babak pertama.



Penjaga gol Tottenham itu bermain perlawanan ke-123 beliau untuk Perancis, menyertai Thierry Henry di tempat kedua senarai penampilan paling banyak untuk Les Blues, di belakang Lilian Thuram (142). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >