Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah luluskan tutup Laguna National Golf and Country Club Ltd

Feb 16, 2023 | 5:30 AM
c268e63e-d496-4323-b1e7-d604988ff7fc
-

LAGUNA National Golf and Country Club Pte Ltd akan ditutup selepas Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan anggota perintis kelab itu, Lim How Teck, untuk berbuat demikian.

Lim memfail petisyen pada 4 Arpil 2022 untuk menutup syarikat itu selepas ia gagal membayar balik jutaan dolar yang dipinjamnya.

Syarikat itu sebelum ini memiliki Laguna National Golf and Country Club, yang kini dikenali sebagai Laguna National Golf Resort Club.

Dalam keputusan hakim yang dikeluarkan pada 13 Februari, hakim Mahkamah Tinggi Chua Lee Ming mengarah syarikat itu ditutup selepas mendapati kegagalan syarikat itu membayar hutang tidak boleh dipertikai.

Mahkamah berkata pemegang amanah kelab itu, British and Malayan Trustee akan berada dalam kedudukan konflik kepentingan apabila proses menutup syarikat bermula.

Ia juga melantik Cameron Lindsay Duncan and David Dong-Won Kim dari KordaMentha Restructuring sebagai penyelesai (liquidator).

Berlatar perkembangan ini, kelab itu memberitahu anggotanya pada 13 Februari bahawa operasi diteruskan seperti biasa.

Kelab itu, yang terletak sekitar 10 minit dari Lapangan Terbang Changi, menawarkan padang golf 36 lubang yang baru-baru ini mengadakan acara Jelajah Dunia DP Klasik Singapura. Ia juga menempatkan hotel Dusit Thai Laguna Singapore.

Dalam nota kepada anggota, kelab itu berkata: "Syarikat baru kami, Laguna National Golf Resort Club tidak akan terjejas. Makluman ini untuk anda dan tiada sebarang sebab untuk anda bimbang."

Semasa dihubungi The Straits Times, pemilik kelab itu, peniaga kenderaan Peter Kwee berkata syarikat yang sedang ditutup ialah syarikat yang sebelum ini memiliki kelab itu.

Pada 20021, Laguna Golf Resort Holding Pte Ltd (LGRH) memperoleh kelab itu. LGRH dimiliki oleh Group Exklusif milik Encik Kwee.

Tempoh pajakan bagi tanah yang kini diduduki kelab golf itu seharusnya luput pada 2021. Namun, pada 2012, tempoh pajaan itu dilanjutkan kepada 2040.

Pada 2016, kelab itu dijual kepada Laguna Hotel Holdings Pte Ltd, yang dimiliki LGRH.

Encik Kwee berkata beliau mengalihkan aset perniagaan teras Laguna Hotel Holdings dan menubuhkan syarikat baru untuk mendapat pinjaman daripada bank bagi membina hotel dan memperbaharui padang golf.

"Kita harus menghormati keputusan mahkamah. Perakaunan kami telus dan kini penyelesai akan mengambil alihnya. Kami sedang mengendalikan kelab seperti biasa di bawah syarikat kami dan anggota kelab telah diberitahu supaya jangan bimbang."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg