Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MALAM PENENTU JUARA LIGA PERDANA ENGLAND

City favorit tapi apa saja boleh terjadi

May 22, 2022 | 09:28 AM



Juara Liga Perdana England (EPL) musim ini bakal dinobat malam ini. Juara bertahan, Manchester City, akan berhadapan dengan Aston Villa pada perlawanan terakhir ini. Kemenangan akan memastikan takhta kembali menjadi milik pasukan kendalian Pep Guardiola. Namun sekiranya mereka tewas, dan Liverpool berjaya menundukkan Wolves, ia pasti akan ke tangan Liverpool. Pasukan manakah yang lebih layak menjadi juara? BERITA MINGGU (BM) melaporkan persediaan kedua-dua kelab menjelang perlawanan getir ini.



Guardiola ada kelebihan dalam genggaman



MANCHESTER: Mereka pernah berada dalam kedudukan yang hampir serupa sebelum ini - bertarung hingga ke perlawanan akhir untuk merebut takhta Liga Perdana England (EPL) daripada pesaing terdekat mereka.



Manchester City berjaya ditabal sebagai juara liga buat kali pertama sejak 44 tahun pada 2012 apabila berjaya menewaskan QPR dengan jaringan Sergio Aguero pada minit terakhir. Jaringan itu sekali gus meranapkan impian jiran Manchester United, yang turut memburu piala EPL ketika itu.



Kini sudah hampir 10 tahun sejak peristiwa yang telah merubah nasib Manchester City dan adakah sejarah mungkin berulang malam ini?



Dengan kejayaan kini hampir dalam genggaman mereka dan dengan pengalaman yang lalu itu, pasukan kendalian Pep Guardiola mempunyai kelebihan untuk pertahan trofi EPL.



Disertai rekod kemenangan terbaik dalam liga dan jika City mampu meraih tiga mata penuh malam ini mengatasi Aston Villa bererti apa yang berlaku dalam pertraungan di Anfield ( Liverpool hadapi cabaran Wolves) tidak akan membuat sebarang perbezaan.



Walaupun hanya memerlukan empat mata daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk mengesahkan kejuaraan EPL keempat mereka dalam lima musim, City menyukarkan laluan mereka selepas hanya mampu meraih keputusan seri 2-2 menentang West Ham minggu lalu.



Mereka kini perlu menewaskan Aston Villa pada perlawanan terakhir liga bagi mengesahkan kejuaraan milik mereka lagi musim ini.



Meskipun begitu, Guardiola kekal positif dengan menyentuh tentang 'tekad' yang dikongsi oleh pemainnya untuk merangkul piala EPL.



Bercakap selepas pasukannya kehilangan dua mata mata di Stadium London pada hujung minggu lalu, Guardiola memberi gambaran tentang hasrat yang dikongsi oleh pemain City untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka.



"Mereka mempunyai keinginan yang mendalam untuk memenangi perlawanan (menentang Aston Villa) dan kejuaraan Liga Perdana England.



"Kami akan membuktikan bahawa kami benar-benar mahu menang terutama sekali untuk mempertahankan piala EPL, dan bukan hanya sekadar memaparkan betapa bagusnya kami apabila menguasai perlawanan.



"Sudah tentu, ia penting tetapi terdapat aspek lain juga," tegas beliau.



Pengurus asal Sepanyol itu hanya mampu menumpukan pada perkara positif dan bukannya negatif, kerana suasana yang tidak harmoni dalam bilik persalinan boleh menjejas aspirasi mereka untuk mengekalkan mahkota ketika bertarung di padang sendiri.



Justeru, Guardiola telah membuat rayuan khas kepada peminat Manchester City supaya memberikan pemainnya sambutan meriah apabila mereka menjejak masuk ke padang Stadium Etihad.



"Saya ingin menyeru kepada semua peminat Manchester City pada hari itu agar pergi ke jalanan, pergi ke stadium, kerana kami akan memberikan segala-galanya untuk memenangi piala EPL, saya cukup pasti tentang perkara ini," kata Guardiola.



"Ia pastinya satu detik yang istimewa dan luar biasa untuk memenangi satu perlawanan di tempat sendiri untuk menjadi juara liga."



Sementara itu, pemain termahal City, Jack Grealish, berasa yakin tentang peluang kelabnya untuk melakar kemenangan menentang bekas majikan dan kelab lamanya, Aston Villa.



"Sudah tentu kami perlu berasa yakin. Kami mempunyai rekod hebat di Etihad tahun ini dan kami telah menjaringkan banyak gol, jadi ia bergantung kepada kami," kata pemain berusia 26 tahun itu.



"Kami hanya perlu mencuba dan mendapatkan tiga mata pada hari terakhir. Ia bukan tentang diri saya (berlawanan menentang Aston Villa) atau pasukan lawan, ia adalah untuk membantu pasukan dan kelab ini. Itulah yang dalam fikiran saya.



"Saya berharap kami dapat menjulang trofi liga ini. Apa yang boleh kami lakukan ialah cuba mendapatkan tiga mata penuh supaya kami boleh menjulang trofi itu.



"Sudah tentu, ia akan menjadi detik yang istimewa bagi saya, tetapi ia adalah mengenai pasukan dan kami mempunyai tugas untuk mendapatkan tiga mata. Saya menanti-nantikan perlawanan ini dan saya tidak sabar." - Agensi berita.




Klopp: Sukar City kandas di kubu sendiri tapi... 



LONDON: Beliau tidak terlalu mengharap, tetapi akur apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.



Bos Liverpool, Juergen Klop, berkata kemungkinan Manchester City mencicir mata dalam perlawanan dengan Aston Villa malam ini dan di depan penyokong sendiri di Stadium Etihad adalah tipis.



Namun beliau juga berkata, belum ada apa-apa yang pasti dalam bola sepak.



Apa pun, beliau berkata pasukannya berazam untuk menewaskan Wolves dalam perlawanan sendiri untuk memberikan mereka peluang terbaik untuk merampas mahkota daripada City.



"Sudah tentu... apa sahaja boleh berlaku. Pemain kami adalah kumpulan pemain yang begitu hebat... saya tidak pernah bertemu pemain sebegini.



"Mereka sentiasa mendorong satu sama lain, dan memaksa setiap pemain, dan juga pemain gantian untuk bermain bersungguh-sungguh dan sehingga wisel penamat," kata Klopp.



Azam yang diperkatakan oleh Klopp itu adalah semangat juang yang telah ditunjukkan oleh pemain Liverpool sepanjang musim ini. Malah, ia telah diperagakan oleh pasukan yang dibina Klopp sejak belau menyertai kelab di Merseyside itu dari Borussia Dortmund sejak beberapa musim lalu.



Penyokong Liverpool mungkin masih ingat Divock Origi menjaringkan gol kemenangan di Everton pada saat-saat akhir dua musim lalu dan lebih ramai yang mungkin ingat bagaimana penjaga gol Alisson Becker memecut ke petak penalti lawan untuk menanduk bola masuk dari tendangan sudut di minit-minit akhir menentang Watford pada musim lalu.



Bekas pemain Dortmund, Marco Reus, yang beraksi di bawah Klopp, berkata dalam wawancara dengan CNN baru-baru ini bahawa sikap dan semangat juang pemain Liverpool itu adalah hasil tekad yang ditanam dalam setiap sesi latihan. Di bawah pimpinan Klopp, Dortmund memenangi kejuaraan Bundesliga pada 2011, serta trofi berganda Piala Liga dan Piala FA pada tahun seterusnya. Dortmund juga mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.



"Klopp ialah seseorang yang istimewa," kata Reus.



"Mereka... setiap pemain rela dan mahu berkorban dan menderita demi pasukan setiap hari," kata Reus, berkongsi pengalamannya di bawah Klopp.



"Beliau berkarisma, mempunyai banyak tenaga dan adalah seorang yang boleh diajak berbual... bukan sahaja tentang bola sepak, malah apa saja."



Reus tahu apa yang dikatakannya itu.



Klopp orang yang mendesaknya kembali ke Dortmund - Reus anggota akademi kelab itu - dari Borussia Monchengladbach; dan dibawah Klopp, Reus menjadi pemain yang lebih lengkap. Beliau menjaringkan 19 gol dan merintis 16 peluang gol dalam 49 perlawanan bagi Dortmund.



"Saya berharap Klopp berjaya memenangi empat trofi musim ini," kata Reus.



Pengalaman dengan Reus itu kini diulangi di Liverpool.



Klopp kini dikenali sebagai pemain yang melahirkan bintang. Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Virgil Van Dijk tidak begitu dikenali semasa menyertai Liverpool, tetapi kini diiktiraf sebagai pemain bertaraf legenda di sana.



Walaupun Firmino dan Salah tidak dalam 'form' terbaik menjelang perlawanan malam ini, mereka adalah pemain yang boleh mengubah corak permainan dengan satu rembatan, satu umpanan menarik dan satu larian hebat yang memporak-perandakan benteng yang disusun lawan.



Matlamat memenangi empat trofi bagi Liverpool itu tampak seperti sekadar impian 'tak sampai' pada Januari lalu.



Pada waktu itu, Liverpool ketinggalan 14 mata di belakang City, sedang membuat persiapan bertemu Inter Milan dalam pusingan kalah mati pertama Liga Juara-Juara, dan baru sahaja diikat seri oleh Arsenal dalam separuh akhir pertama Piala Carabao.



Namun, pada saat ini, Liverpool telah pun memenangi Piala FA dan Piala Carabao, dengan Real Madrid menanti dalam final Liga Juara-Jaura di Paris pada akhir bulan ini.



Ia perlu bergantung pada City mencicir mata untuk memenangi trofi EPL kedua di bawah Klopp, tetapi kejayaan Liverpool untuk mengheret diri sendiri untuk merapat jurang dengan City adalah pencapaian yang masih disebut-sebut oleh sebarang peminat bola sepak di England dan di Eropah.



Dan jika City, benar-benar hilang mata semasa bertemu Villa nanti - yang secara kebetulan dipimpin oleh pemain legenda di Anfield - Steven Gerrard - dan Liverpool menang perlawanan dengan Wolves sebagaimana yang dijangka, empat trofi dalam musim yang disangka hambar akan menjadi kenyataan juga. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >