SPH Logo mobile
Langgan|

Malaysia dan Myanmar alami kekalahan memalukan dalam kelayakan Piala Dunia

Malaysia dan Myanmar alami kekalahan memalukan dalam kelayakan Piala Dunia

Sep 4, 2015 | 11:30 AM

Malaysia dan Myanmar alami kekalahan memalukan dalam kelayakan Piala Dunia

REBUT BOLA: Pemain Jepun, Shinzoh Kohrogi (jersi biru) melompat tinggi bagi bersaing bola dengan penjaga gawang Kemboja, Sou Yaty, dalam pertarungan kelayakan Piala Dunia 2018 yang dimenangi Jepun 3-0.
REBUT BOLA: Pemain Jepun, Shinzoh Kohrogi (jersi biru) melompat tinggi bagi bersaing bola dengan penjaga gawang Kemboja, Sou Yaty, dalam pertarungan kelayakan Piala Dunia 2018 yang dimenangi Jepun 3-0. -

KEKALAHAN tipis Singa 0-1 kepada Syria dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 awal pagi tadi (4 September) masih boleh dianggap 'baik' jika dibandingkan nasib malang yang menimpa dua negara lain di rantau Asia Tenggara ini.

Pasukan jiran, Malaysia, mengalami kekalahan memalukan 10-0 kepada Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pertemuan Kumpulan A manakala gawang Myanmar dibolosi sembilan kali semasa kekalahan kepada Kuwait dalam Kumpulan G.

Sebuah lagi pasukan Timur Tengah, Qatar, turut mencatatkan kemenangan 'dua angka' apabila membelasah pasukan kerdil, Bhutan, 15-0, dalam Kumpulan C.

Korea Selatan dan Jepun pula menunjukkan 'taring' masing-masing dengan kemenangan selesa. Korea mengatasi Laos 8-0 manakala Jepun menewaskan Kemboja 3-0 di Saitama.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg