Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mampukah Harry Kane atasi rekod Robert Lewandowski di Bayern Munich?

Nov 14, 2023 | 05:31 AM



MUNICH: “Saya rasa seperti kami bermain semakin baik dalam setiap permainan.”


Kata-kata luahan Harry Kane itu sudah pasti akan menimbulkan rasa gementar dalam kalangan pasukan Bundesliga (Liga Jerman) menyusuli permulaan beliau yang luar biasa dalam musim pertamanya di Bayern Munich.

Penyerang England itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan 15 gol dalam 10 perlawanan Bundesliga awal apabila beliau menjaringkan hatrik ketiganya dalam kemenangan 4-0 Bayern ke atas Borussia Dortmund pada Sabtu lalu.

Prestasi hebatnya sejak menyertai Bayern daripada Tottenham Hotspur pada musim panas kali ini sudah membuat ramai orang meramalkan bahawa rekod jaringan Robert Lewandowski dalam Bundesliga bakal runtuh.

Lewandowski yang kini bermain di Barcelona, menjaringkan 41 gol liga pada musim 2020-2021 ketika menyarung jersi Bayern, melangkaui rekod 49 tahun yang dipegang Gerd Muller dengan jaringan 40 gol .

Sekiranya Kane meneruskan rentak prestasinya kini, beliau mungkin mampu menjaringkan sehingga 50 gol.

Kane mungkin dapat atasi jaringan 52 gol – jumlah jaringan yang dicapai Erling Haaland dalam semua pertandingan semasa musim pertamanya bersama Manchester City dalam kempen lalu.

Sejauh ini bukan Kane sahaja yang memberi ancaman kepada rekod jaringan Lewandowski. Seorang lagi pemain Stuttgart, Serhou Guirassy, sudah pun menyumbatkan 14 gol dalam sembilan perlawanan liga.

Pemain kelahiran Perancis yang bermain bersama pasukan Guinea itu sudah menjaringkan 11 gol semasa dipinjamkan ke Stuttgart musim lalu, namun dalam musim kali ini beliau telah membuat beberapa pasukan terhandal Eropah memberi tumpuan kepadanya.

Dengan kededua Kane dan Guirassy terus menunjukkan prestasi hebat, rekod jaringan mungkin runtuh.

Ini merupakan permulaan musim terbaik Kane dalam jumlah jaringan yang dicapainya.

Sejauh ini 20 gol Bundesliga melibatkannya (termasuk lima assists) dianggap paling banyak menerusi 10 permainan pertama beliau dalam satu musim liga.


Beliau telah menjaringkan 17 gol dalam 13 gol dalam semua pertandingan buat Bayern, dan 20 gol dalam 15 permainan bagi kelab dan negara.

Dan sejauh ini belum ada seorang pemain bola sepak di dunia yang telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding Kane dalam musim ini.

Malah Kane sudah mempunyai kelebihan satu gol berbanding penjaring terbanyak Bayern dalam liga musim lalu, Serge Gnarby.

Satu lagi gol Bundesliga akan menyaksikan Kane menyamai jumlah musim lalu dalam kalangan penjaring terbanyak Bundesliga – Niclas Füllkrug dan Christopher Nkunku.

Menurut sejarah, hanya Gerd Müller yang telah menjaringkan banyak gol (juga 15 gol) dalam 10 perlawanan pertama, dengan pencapaiannya tercapai pada musim 1968 hingga 1969.

Dan jika menurut sejarah Bundesliga, hanya tujuh pemain telah menjaringkan 30 gol atau lebih dalam satu musim dengan Kane sudah pun mencapai separuh daripada pencapaian tersebut.

Jaringan terbanyak Kane adalah semasa bermain dalam Liga Perdana England (EPL) dengan 30 gol, semasa musim 2017 hingga 2018 dan 2022 hingga 2023.

Kane masih kurang dua gol daripada rekod jaringan pemain England dalam satu musim Bundesliga: Kevin Keegan (1978 hingga 1979 bagi pasukan Hamburger SV) dan Jadon Sancho (2019 hingga 2020 buat Dortmund) yang menjaringkan 17 gol.

Kane menjadi pemain pertama dalam sejarah Bundesliga yang telah menjaringkan hatrik menerusi penampilannya bersama Bayen semasa menentang musuh ketat ‘klasik’ pasukan itu, Borussia Dortmund.

Dianggarkan beliau menjaringkan satu gol bagi setiap 58 minit dalam Bundesliga.

Semasa diwawancara media pada Oktober, Lewandowski yang berasal dari Poland berkata yang beliau melahirkan harapan bahawa Kane akan dapat “pecahkan” rekod jaringan Bundesliga dalam musim kali ini.

Namun Kane, yang merupakan kapten pasukan antarabangsa England, enggan terbawa-bawa apabila ditanya tentang rekod tersebut menyusuli hatrik terkininya.

“Perjalanannya masih jauh.

“Robert (Lewansdowski) merupakan pemain hebat buat kelab ini dan salah seorang penyerang terhandal di dunia.

“Saya kata kepada orang ramai bahawa saya perlukan beberapa permainan sebelum mereka dapat kenali saya.

“Saya bukannya pemain penyerang utama yang kekal bermain di bahagian hadapan sahaja. Saya lebih gemar bermain daripada bahagian bawah.

“Saya fikir kami semakin baik dan lebih memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

“Sejak saya mula bermain, saya rasakan prestasi saya semakin baik.

“Saya baru berusia 30 tahun, dan saya rasa masih banyak masa untuk saya bermain.

“Saya sentiasa berusaha dengan baik dan dengan rakan sepasukan di sekeliling, saya tahu bahawa saya akan dapat banyak peluang,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >