Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU - MAGHRIBI LWN PORTUGAL

Mampukah Maghribi atasi Portugal, terus cipta sejarah?

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



STADIUM di Education City, Doha menjadi pentas pesta terbesar dunia malam Selasa lalu apabila Maghribi mencetuskan kejutan dengan menyingkirkan gergasi bola sepak dunia, Sepanyol.



Dengan kemenangan 3-0 menerusi tendangan penalti itu, Maghribi menjadi satu-satunya pasukan Afrika yang kekal dalam Piala Dunia di Qatar.



Selain benua Afrika, sejarah negara majoriti Muslim itu yang mempunyai lebih 90 peratus penduduk Arab, bermakna Maghribi turut mendapat sokongan dunia Arab.



Namun, mampukah negara dengan 37 penduduk itu mencipta sejarah, bukan hanya menewaskan satu lagi gergasi bola sepak dunia, Portugal, malam ini; bahkan meneruskan perjuangan hingga menjulang Piala Dunia pada 18 Disember nanti.



"Dalam bola sepak, apa juga boleh berlaku," kata bekas pemain England, Joe Cole, yang bertugas sebagai pengulas di Qatar.



"Portugal adalah pasukan handal, dan selain Portugal ada lain-lain pasukan handal yang perlu diatasi Maghribi. Namun, Piala Dunia ialah mengenai impian yang tercapai. Jadi mengapa tidak Maghribi, Afrika dan dunia Arab bermimpi?," katanya lagi.



Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata pasukannya melangkah ke perlawanan malam ini tanpa rasa takut.



"Kami bukan pasukan pilihan, jadi tiada apa yang perlu kami takutkan. Kami menghormati Portugal. Mereka mempunyai pemain hebat, tapi kami akan berjuang demi penyokong kami di tanahair," katanya.



Antara pemain hebat Portugal termasuk kapten, Cristiano Ronaldo (gambar kiri), yang hanya menjadi pemain simpanan dalam kemenangan 6-1 ke atas Switzerland setelah digugurkan kerana reaksi beliau setelah digantikan dalam perlawanan sebelumnya.



Ronaldo telah menjadi tumpuan dalam Piala Dunia ini, namun sering kali atas sebab-sebab di luar padang.



Keputusan berani Fernando Santos itu membuahkan hasil apabila pengganti Ronaldo, Goncalo Ramos, menjaringkan hat-trick.



"Belum ada keputusan yang dibuat," kata Santos apabila bertemu media menjelang perlawanan malam ini.



"Yang pasti, setiap pemain dalam skuad Portugal, termasuk Ronaldo, adalah anggota penting pasukan ini," tambahnya.



Sama ada Ronaldo diturunkan ataupun tidak, Cole berkata beliau menjangkakan perlawanan yang menarik.



"Maghribi telah menunjukkan mereka sebuah pasukan yang disiplin, sukar untuk lawan membolosi benteng pertahanan yang hanya meloloskan satu gol sejauh ini.



"Portugal pula mempunyai barisan serangan yang hebat. Jadi perlawanan ini menjanjikan sesuatu yang menarik, namun alangkah indahnya jika Maghribi dapat meneruskan perjalanan mereka dalam Piala Dunia ini," kata beliau. - Agensi berita.




JADUAL PERLAWANAN



Hari ini,11 mlm

Maghribi lwn Portugal



Esok pagi, 3 pagi

England lwn Perancis



Semua perlawanan disiarkan di Singtel TV Ch141 & StarHub Ch251




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >