Man City julang Piala Liga lepas kalahkan Liverpool melalui penalti
Premium
Man City julang Piala Liga lepas kalahkan Liverpool melalui penalti
Feb 29, 2016 | 7:52 AM

Penjaga gawang Manchester City, Willy Caballero, menyelamatkan sepakan pemain Liverpool, Adam Lallana, semasa penentuan penalti perlawanan final Piala Liga di Stadium Wembley pada Ahad (28 Feb). City menang 3-1. Gambar REUTERS -
LONDON: Willy Caballero menjadi wira dengan menyelamatkan tiga penalti yang membolehkan Manchester City menewaskan Liverpool 3-1 di Stadium Wembley pada Ahad (28 Feb) untuk memenangi Piala Liga Inggeris.
Permainan berakhir 1-1 pada masa tambahan, dengan Philippe Coutinho menyamakan kedudukan buat Liverpool pada minit ke-83 selepas Fernandinho meletak City di depan pada awal separuh masa kedua.

