Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA ENGLAND

Man City singkirkan Chelsea; Arsenal, Spurs terkeluar

Nov 11, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester City menambah tekanan pada Graham Potter dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Liga kelmarin, ketika Arsenal dan Tottenham tersingkir daripada pertandingan.



Arsenal tewas kepada Brighton 1-3 di padang sendiri, manakala Spurs mengalami kekalahan 0-2 di Nottingham Forest meskipun bintang mereka, Harry Kane, diturunkan.



Juara bertahan, Liverpool, terselamat daripada penyingkiran apabila mereka memerlukan sepakan penalti untuk mengatasi kelab Liga Satu, Derby County, setelah terikat 0-0 di Anfield.



City menang pertembungan antara dua pasukan gergasi yang melakukan banyak perubahan di Etihad, ketika dua gol dalam lima minit pada babak kedua daripada Riyad Mahrez dan Julian Alvarez menjamin anak didik Pep Guardiola tempat dalam pusingan seterusnya.



"Julian adalah pemain yang luar biasa," kata Guardiola. "Pastinya, dia harus bersaing dengan Erling (Haaland) yang mungkin merupakan penyerang terbaik di dunia, tetapi Julian menunjukkan bahawa dia boleh melakukan lebih banyak lagi."



Arsenal sedang mendahului City di puncak tangga Liga Perdana, tetapi tidak akan menambah Piala Liga pertama mereka sejak 1993 selepas Brighton meneruskan perubahan mengagumkan mereka di bawah Roberto De Zerbi.



"Kami tersingkir, perjalanan kami sudah tamat, dan kini kami harus fokus pada Liga Perdana, iaitu keutamaan kami," kata bos Arsenal, Mikel Arteta.



Pengurus England Gareth Southgate mungkin kecewa melihat Kane memulakan perlawanan di City Ground kelmarin sebelum beliau menamakan skuad Piala Dunianya.



Kapten England itu akhirnya direhatkan setengah jam terakhir, tetapi hanya apabila Antonio Conte kelihatan telah menyerah kalah selepas pasukannya ketinggalan 0-2.



Caoimhin Kelleher adalah wira Liverpool seperti kebanyakan pertandingan musim lalu apabila penjaga gol gantian The Reds itu menyelamatkan tiga penalti Derby. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >