Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City temu Barcelona di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah

Aug 26, 2016 | 11:00 AM



MONACO: Pengundian bagi pasukan yang bakal bertanding dalam Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2016/2017 yang akan bermula pada 14 September ini (waktu Singapura) akan menyaksikan Manchester City bertemu juara liga Scotland, Celtic, kelab Sepanyol, Barcelona, dan pasukan dari Jerman, Borussia Monchengladbach dalam Kumpulan B.



Juara Liga Perdana Britain, Leicester, akan bertemu Porto, Club Brugge dan FC Copenhagen dalam kempen sulung mereka dalam Kumpulan G.



Arsenal pula diundi menghadapi pasukan Paris St-Germain, Basel dan Ludogorets, sementara Tottenham Hostspur pula berdepan Monaco, CSKA Moscow dan Bayer Leverkusen dalam Kumpulan A.



Pasukan Real Madrid akan bertemu dengan pasukan Jerman, Borussia Dortmund, kelab Portugal, Sporting CP dan Legia Warsaw dari Poland dalam Kumpulan F.



Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 3 Jun 2017, di Stadium Nasional Wales di Cardiff, United Kingdom.



Berikut adalah senarai kelab yang akan bersaing dalam acara berprestij ini.



Kumpulan A: Paris St-Germain (Perancis), Arsenal (England), Basel (Switzerland), dan Ludogorets (Bulgaria).



Kumpulan B: Benfica (Portugal), Napoli (Italy), Dynamo Kyiv (Ukraine) dan Besiktas (Turkey)



Kumpulan C: Barcelona (Sepanyol), Manchester City (England), Mönchengladbach (Jerman) dan Celtic (Scotland)



Kumpulan D: Bayern Munich (Jerman), Atletico Madrid (Sepanyol), PSV Eindhoven (Belanda) dan Rostov (Russia)



Kumpulan E: CSKA Moskva (Russia), Bayern Leverkusen (Jerman), Tottenham Hotspur (England) dan Monaco (Perancis)



Kumpulan F: Real Madrid (Sepanyol), Borussia Dortmund (Jerman), Sporting CP (Portugal) dan Legia Warsaw (Poland)



Kumpulan G: Leicester (England), Porto (Portugal), Club Brugge (Belgium) dan København (Denmark)



Kumpulan H: Juventus (Italy), Sevilla (Sepanyol), Lyon (Perancis) dan Dinamo Zagreb (Crotia)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >