Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City tewas pada Dortmund dalam pembukaan Piala ICC di AS

Jul 21, 2018 | 03:50 PM



CHICAGO: Permulaan  kempen pramusim Pep Guardiola  berakhir dengan kekalahan apabila gol penalti  kapten Borussia Dortmund  Mario Gotze  cukup untuk menundukkan  juara Liga Perdana Manchester City 1-0 di Soldier Field di Chicago pada Jumaat (20 Julai).



 Guardiola dapat menurunkan  pemain baru Riyad Mahrez dan pemain Jerman Leroy Sane tetapi pasukan mudanya  yang tidak berpengalaman tidak berdaya mengatasi  Dortmund, yang telah bermain satu perlawanan musim panas ini dan kelihatan lebih tajam dalam pembukaan perlawanan kejohanan Piala Juara-Juara Dunia (ICC) itu.



Gol  Gotze datang pada minit ke-28 selepas  pemain antarabangsa Amerika Syarikat Christian Pulisic dijatuhkan    dalam petak penalti,    membolehkan pemain tengah itu menjaringkan gol kemenangan Dortmund.



 Mahrez menunjukkan sekilas mutunya, menjadi   pemain terbaik City dengan  mempamerkan ancaman serangannya  dengan larian  baik.

 

Tetapi Guardiola pastinya   kecewa mengenai  ketumpulan pasukannya, yang ketiadaan beberapa pemain utama yang berihat selepas beraksi dalam Piala Dunia Russia yang baru berakhir.



Namun, beliau berkata pasukannya bermain dengan baik walaupun tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih bersama. –  AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >