Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man U, Arsenal ingin tebus kecewa di EPL

Mar 18, 2016 | 04:08 PM



MANCHESTER: Louis van Gaal menggesa pemainnya melupakan penyingkiran dari Liga Europa di tangan Liverpool dengan menewaskan Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana England hujung minggu ini (12 tengah malam esok waktu Singapura).



Arsenal juga perlu bangkit dan melupakan penyingkiran dari Liga Juara-Juara Eropah dengan mempergiat saingan merebut kejuaraan liga, ujar pula pemain pertahanannya, Hector Bellerin.



United tewas agregat 1-3 kepada musuh ketat Liverpool selepas diikat 1-1 di Old Trafford kelmarin, melenyapkan harapannya memenangi dua piala musim ini dan lebih penting, peluang melayakkan diri ke Liga Juara-Juara sebagai juara Liga Europa.



Lantaran itu, ia tidak mampu tewas kepada City yang mendahuluinya dengan empat mata di tangga keempat liga - tempat terakhir bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara - apabila bertandang ke Stadium Etihad nanti.



United, yang masih bersaing dalam Piala FA, berada di tangga keenam liga, dua mata di belakang West Ham di tangga kelima.



Menurut Van Gaal, beliau tidak berasa sebarang tekanan tambahan kerana tekanan sentiasa wujud di United.



"Jangkaan awam di sini sentiasa tinggi. Kami cuba menangani tekanan dan lawan, tetapi nasib kami tidak begitu baik," kata pengurus Belanda itu.



Sementara itu, pemain Arsenal perlu pantas bangkit selepas mengharungi minggu yang mengecewakan.



Ia tersingkir dari Piala FA dan Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Watford dan Barcelona; dan kini terdesak mengutip mata bagi mengejar Leicester di puncak liga.



Dengan musimnya berbaki sembilan permainan, Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Leicester dan peluangnya mengejar pasukan bergelar The Foxes itu adalah tipis.



Ia perlu mengutip semua tiga mata semasa bertandang ke Everton hari ini, bagi mengekalkan persaingan di puncak liga.



Menurut Bellerin, Arsenal masih mampu mengakhiri musim dengan senyuman.



"Setiap pemain dan staf berjuang tungkus-lumus di padang, tetapi kadang-kala, nasib tidak menyebelahi kami.



"Cara kami bersaing dengan Barcelona memberi saya keyakinan kami dapat memenangi perlawanan sehingga hujung musim," kata Bellerin. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >