Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH: PEMINDAHAN PEMAIN

Man U beli Martinez dari Ajax

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United telah bersetuju untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Argentina, Lisandro Martinez, dari Ajax dalam perjanjian bernilai sehingga £57 juta ($94.59 juta).



Pemain berusia 24 tahun itu dijangka menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan setahun lagi.



Perpindahan itu, dengan permulaan harga £49 juta ($81.47 juta), tertakluk kepada syarat perubatan, peribadi yang dimuktamadkan dan visa UK.



Perjanjian itu termasuk £8.5 juta ($14.13 juta) sebagai tambahan dan £2.2 juta ($3.66 juta) dalam bentuk pembayaran solidariti kepada bekas kelab Martinez.



Beliau membuat 120 penampilan untuk Ajax selepas berpindah dari kelab Argentina, Defensa y Justicia, dengan harga £6.3 juta ($10.47 juta) pada 2019. Beliau juga bermain untuk Newell's Old Boys.



Martinez telah mewakili pasukan Argentina sebanyak tujuh kali sejak membuat penampilan sulung senior pada Mac 2019.



Beliau menjadi pemain ketiga ditandatangani Manchester United pada jendela perpindahan kali ini selepas Tyrell Malacia menyertai dari Feyenoord dan Christian Eriksen berpindah secara percuma.



Kelab Old Trafford itu berkata ia "berbesar hati" untuk mengumumkan perjanjian telah dicapai dengan Ajax.



"Perpindahan itu masih bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, syarat-syarat pemain serta keperluan visa United Kingdom.



"Pemain pertahanan itu masih di bawah kontrak dengan Ajax sehingga 30 Jun, 2025. Ajax bersetuju dengan bayaran perpindahan sebanyak 57.37 juta euro ($81 juta) dengan pasukan Inggeris itu. Jumlah itu boleh meningkat kepada 67.37 juta euro ($95.12 juta) melalui pembolehubah," kata kelab Belanda itu dalam satu kenyataan.



Martinez bermain di bawah pengurus baru United, Erik ten Hag, di Ajax dan memenangi gelaran Eredivisie bersama kelab itu pada 2021 dan 2022, serta Piala Belanda pada 2021.



Beliau juga merupakan pemain terbaik Ajax untuk musim 2021-22. - Agensi berita.




Pemindahan utama minggu ini



Koulibaly dari Napoli ke Chelsea



CHELSEA telah mendapatkan khidmat pemain bek tengah Kalidou Koulibaly dari kelab Serie A, Napoli.



Pemain antarabangsa Senegal berusia 31 tahun itu mengikat kontrak empat tahun dengan kelab London itu, setelah membuat 317 penampilan untuk Napoli, menyusuli pemindahannya daripada Genk, pada 2014.



Pemindahan ke Stamford Bridge itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain pertahanan Antonio Rudiger dan Andreas Christensen yang telah menyertai Real Madrid dan Barcelona.



“Saya amat gembira ke Chelsea,” kata Koulibaly.



“Chelsea ialah sebuah kelab utama di England dan dunia, dan memang menjadi impian saya untuk beraksi di Liga Perdana,” ujar beliau lagi. – Reuters.



Barca, Bayern capai persetujuan lisan untuk khidmat Lewandowski



BACELONA telah mencapai persetujuan secara prinsip untuk menandatangani penyerang Robert Lewandowski dari Bayern Munich.



Pemain berusia 33 tahun itu, yang kontraknya dengan gergasi Jerman itu hanya tinggal setahun, telah menyerahkan permintaan untuk meninggalkan kelab tersebut bulan lalu.



Lewandowski menjaringkan 50 gol dalam 46 perlawanan musim lalu sedang beliau membantu Bayern memenangi kejuaraan liga yang ke-10 berturut-turut.



Barcelona berkata perjanjian itu bergantung kepada pemain tersebut menjalani pemeriksaan perubatan.



“Akhirnya kami telah mencapai persetujuan secara verbal, sekurang-kurangnya semua pihak kini sudah ada pencerahan mengenai kedudukan masing-masing,” kata presiden Bayern, Herbert Hainer.



“Bayern akan sentiasa menghargai khidmat yang diberikan Robert,” tambahnya. – Reuters.



Ekitike sertai PSG, sebagai pemain pinjaman



PENYERANG muda, Hugo Ekitike, telah menyertai Paris Saint-Germain sebagai pemain pinjaman untuk satu musim dengan pilihan untuk menjadikannya satu pemindahan tetap.



Bekas penyerang Reims berusia 20 tahun itu awalnya dijangka menyertai PSG secara tetap namun terdapat isu tertentu antara Ekitike dengan Reims yang tidak dapat diselesaikan.



Ekitike menjaringkan 11 gol dalam musim pertamanya dengan pasukan utama Reims.



Kelab England, Newcastle United, berminat mendapatkan khidmat pemain Perancis bawah-20 tahun itu namun gagal mencapai persetujuan dengan wakil pemain tersebut.



Ekitike adalah pemain ketiga yang menyertai juara Perancis itu musim ini, setelah pemain midfield Vitinha berpindah dari Porto dan bek-kiri, Nuno Mendes dari Sporting Lisbon. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >