Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man U cadang beli bintang West Ham

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United difahami sedang meneroka pilihan membeli bintang West Ham Declan Rice dan menjual Jesse Lingard kepada kelab itu.



Lingard, yang kini dipinjamkan kepada West Ham sejak Januari lalu telah menjaringkan enam gol dan merintis empat peluang gol dalam lapan perlawanan.



Namun, Lingard tidak lagi diperlukan di Old Trafford selepas kelab itu mendapatkan tanda tangan Bruno Fernandes di awal musim.



Solskjaer pula menganggap Rice sebagai pemain tunggak yang boleh membantu United mengejar kejuaraan pada musim depan.



Rice antara pemain penting bagi West Ham musim ini dan telah membantu kelab itu bersaing bagi tempat di Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan.



Menurut laman berita The Athletic, United kini bersedia membuat perjanjian dengan West Ham yang melibatkan kededua pemain.



Pengurus West Ham, yang juga bekas pengurus United, difahami berminat mendapatkan Lingard sebagai pemain tetap kelab itu.



Sejak menyertai West Ham, Lingard telah bangkit daripada 'form' yang mengecewakan di United untuk menarik perhatian pengurus England Gareth Southgate yang menyertakan beliau dalam skuad nasional buat kali pertama sejak 2019.



Meskipun kontrak Lingard dengan United telah dilanjutkan sehingga akhir musim depan, Solskjaer dikatakan rela berpisah dengan pemain itu jika beliau boleh dijual dengan harga yang diterima dan wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli pemain baru.



Lingard, secara peribadi, belum lagi mengulas mengenai masa depan di United, tetapi pernah berkata beliau mahukan tempat tetap dalam kesebelasan utama.



Menurut beberapa akhbar di England, Rice dianggap sebagai pengganti jangka panjang bagi Nemanja Matic, yang kini berusia 32 tahun.



Namun, Rice juga adalah penyokong setia West Ham dan untuk membawanya ke Old Trafford dijangka adalah perkara yang sukar, terutama jika West Ham melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Sebelum ini, Moyes pernah berkata sesiapa yang ingin membeli Rice perlu mengeluarkan wang setaraf dengan 'Bank England'. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >