Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U dapat Ronaldo nombor dua?

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Seorang pemain sayap kanan berusia 18 tahun yang tidak dikenali dan tidak mempunyai tubuh badan sesuai untuk berjaya dalam Liga Perdana England - tetapi mempunyai kemampuan teknikal luar biasa - telah ditandatangani oleh Manchester United pada jumlah bayaran yang tinggi.



Dalam banyak perkara, ketibaan Amad Diallo di Old Trafford daripada Atalanta pada bayaran £19 juta ($34 juta) - yuran pemindahan yang boleh naik hingga £37.2 juta - mengingatkan tentang pemindahan Cristiano Ronaldo daripada Sporting Lisbon pada 2003.



Bagaimanapun, ada juga banyak perbezaan.



Sedang pemain Portugal itu ditandatangani, sebanyak £12.24 juta, selepas musim penuh pertamanya yang mengagumkan di Liga Primeira, bakat luar biasa dari Ivory Coast itu hanya beraksi empat kali bagi Atalanta dalam Seria A - tiada sekalipun beliau disertakan dalam kesebelasan utama.



Diallo menjaringkan gol menakjubkan dalam penampilan sulungnya menentang Udinese pada Oktober 2019, tetapi jelas itu tidak meyakinkan jurulatih Gian Piero Gasperini untuk memberinya lebih banyak peluang beraksi.



Apa membuat Diallo istimewa pada mata pencungkil bakat Manchester United?



Jurulatih yang bekerja rapat dengannya dan wartawan yang mengikuti perkembangannya menyebut tentang seorang pemain sayap dengan potensi menyerang yang luar biasa, pemain berdisiplin, berdedikasi dan sangat tekun untuk mencapai tahap tinggi.



"Amad ada DNA yang sama seperti bola," kata koresponden L'Eco di Bergamo, Giulio Yanez Ghidotti, yang mengikuti perlawanan pasukan belia Atalanta, kepada BBC Sport.



Itu juga yang dirasakan ibu bapa Diallo sejak awal.



Dilahirkan di Abidjan, kota terbesar di Ivory Coast, Diallo berpindah ke Italy bersama abangnya untuk membangunkan bakatnya dan menjadi pemain bola sepak profesional.



Destinasi penting pertamanya, pada usia 12 tahun, ialah Boca Barco, sebuah kelab amatur kecil di Emilia, di utara negara itu antara Parma dengan Bologna, yang dinamakan sempena kelab gergasi Argentina Boca Juniors.



"Kami tidak menemui Amad, sebaliknya dia yang datang kepada kami. Ia tuah luar biasa," kata jurulatih belia yang melatih Diallo di Boca Barco, Denis Cerlini, kepada BBC Sport.



"Sejak saat pertama, terbukti budak ini istimewa. Dia sangat berani dan pantas, mempunyai teknik hebat dan rembatan kuat, dan melakukan semuanya dengan cepat.



"Amad sangat popular dalam bilik salinan. Dia mempunyai ramai kawan, belajar bahasa Italy dan bak seorang yang sangat tekun yang tahu apa yang dia mahu."



Diallo membintangi sebuah kejohanan Krismas dan tidak lama kemudian menarik perhatian bekas penjaga gol Fiorentina, AC Milan dan Napoli yang bermain untuk Italy pada Piala Dunia 1986, Giovanni Galli.



"Seorang teman menyuruh saya melihat dua budak lelaki ini - Amad dan abangnya Hamed Junior Traore, yang kini bermain bagi Sassuolo. Pada waktu itu saya bekerja di Lucchese dalam liga divisyen tiga, dan menjemput mereka menjalani percubaan bersama belia kami," imbas Galli.



"Saya segera nampak mereka terlalu bagus untuk kami. Amad bermain dengan pemain lebih besar dan mengatasi mereka dengan kemahiran geleceknya. Oleh itu, saya membuat beberapa panggilan kepada kelab-kelab Serie A untuk memberitahu mereka tentang dua beradik ini. Di Atalanta, saya bercakap bersama pengarah sukan Gabriele Zamagna, dan mereka menandatangani Amad."



Selepas tiba dari Bergamo pada 2015, Diallo antara pemain menonjol di akademi itu. Beliau memenangi kejuaraan sebagai bintang utama pasukan di bawah 15 tahun, meskipun beliau hanya berusia 13 tahun.



Segera melonjak ke Primavera (liga bawah 19 tahun), beliau terus cemerlang dan turut menggondol gelaran kejuaraan di situ pada 2019.



Kemudian, Gasperini mengundang bintang meningkat naik itu berlatih bersama skuad senior.



"Diallo memang antara pemain paling menarik dalam kalangan pemain seusianya," kata koresponden Tuttosport Giordano Signorelli.



"Dia sangat berbakat secara teknikal, tetapi kurang mutu fizikal. Saya percaya dia dapat mengatasi masalah itu jika dia memperbaikinya."



Kekurangan fizikalnya jelas merupakan aspek yang perlu menjadi keprihatinan Diallo dan tentunya Manchester United.



Tetapi, itu juga keraguan yang ada pada Ronaldo pada 2003, dan pemindahannya ternyata cukup berjaya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >