Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man U dibeban krisis kad kuning, bertarung tanpa Fernandes

Nov 6, 2022 | 5:30 AM
DIGANTUNG SATU PERMAINAN: Bruno Fernandes telah mengutip lima kad kuning - yang terbaru semasa menentang West Ham United di Old Trafford minggu lalu kerana mengasari pemain West Ham, Jarrod Bowen. Ini bermakna beliau terlepas peluang menentang Aston Villa malam ini. EPA-EFE
DIGANTUNG SATU PERMAINAN: Bruno Fernandes telah mengutip lima kad kuning - yang terbaru semasa menentang West Ham United di Old Trafford minggu lalu kerana mengasari pemain West Ham, Jarrod Bowen. Ini bermakna beliau terlepas peluang menentang Aston Villa malam ini. EPA-EFE -

MANCHESTER: 'The Red Devils' akan ketiadaan salah seorang pemain tunggaknya, Bruno Fernandes, bagi perlawanan menentang Aston Villa di padang lawan malam ini.

Ini kerana pemain asal Portugal itu mengutip lima kad kuning dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini - yang terbaru semasa Manchester United menentang West Ham United di Old Trafford minggu lalu.

Fernandes dikenakan kad kuning kelimanya kerana mengasari pemain West Ham, Jarrod Bowen.

Ini bermakna beliau terlepas peluang untuk bersama pasukannya - kerana digantung satu perlawanan - semasa kunjungan kelab itu ke Villa Park malam ini.

Fernandes yang telah menjaringkan dua gol sejauh ini, telah beraksi dalam setiap perlawanan United dalam EPL.

Lantas ini bermakna pengurus United, Erik ten Hag, terpaksa membuat perubahan dalam kesebelasan utamanya semasa menentang Villa. Ironinya Fernandes bermain dengan penuh disiplin sejak dikenakan kad kuning ketika perlawanan menentang Newcastle United yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Fernandes telah menjaringkan gol dalam kesemua tiga kunjungan kelab itu ke Villa Park dan beliau menjaringkan dua gol ketika kededua pasukan seri 2-2.

Rakan sepasukannya, Diogo Dalot, juga telah dilayangkan empat kad kuning dan jika beliau melakukan satu lagi kesalahan yang boleh dilayangkan kad kuning bermakna beliau juga akan terlepas satu perlawanan.

Sementara itu Harry Maguire dan Lisandro Martinez - kededuanya sudah dilayang tiga kad kuning.

Casemiro dan Christian Eriksen dijangka mengisi dua posisi bahagian tengah dengan Fred atau McTominay dijangka menggantikan tempat Fernandes.

Bagaimanapun sekiranya Ten Hag ingin Eriksen mainkan peranan selaku playmaker, Donny van de Beek mungkin berpeluang membuat penampilan sulungnya dalam EPL untuk United.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg