Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA EUROPA

Man U gigit jari lagi

Villarreal jinakkan pasukan Solskjaer 11-10 melalui penalti lepas perlawanan terikat 1-1
May 28, 2021 | 05:30 AM



GDANSK (Poland): Pengurus Villarreal Unai Emery berkata kemenangan pasukannya pada final Liga Europa menerusi sepakan penalti adalah sesuatu yang amat menakjubkan.



Kelab Sepanyol itu menjulang trofi utama sulung mereka sejak 1970 selepas menundukkan Manchester United 11-10 dalam penentuan penalti, selepas perlawanan terikat 1-1.



"Musim ini kami tidak memberi tumpuan pada tendangan penalti dalam latihan, tetapi pemain kami beraksi dengan amat baik.



"Sangat menakjubkan dan indah apabila semua berjaya menyempurnakannya. Ia adalah kebanggaan buat Villarreal, presiden dan projek ini.



"Kuncinya ialah usaha. Pemain menunjukkan mentaliti hebat sepanjang kejohanan ini dan pada final," kata Emery.



Beliau kini memegang rekod sebagai pengurus paling banyak memenangi Liga Europa, iaitu empat kali.



Tiga kejuaraan sebelum ini dimenanginya bersama Sevilla.



Villarreal mendahului permainan menerusi Gerard Moreno pada babak pertama, tetapi Edinson Cavani menyamakan kedudukan pada babak kedua.



Selepas menamatkan saingan La Liga hanya di tangga ketujuh, Villarreal berjaya mendapatkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan menerusi kejuaraan Liga Europa ini.



Trofi terakhir Villarreal ialah kejuaraan divisyen tiga Sepanyol pada 1970 dan dua Piala Intertoto pada 2003 dan 2004.



Perlawanan semalam ialah yang pertama kejohanan bola sepak Eropah berlangsung di depan penonton sejak dunia diserang pandemik Covid-19 tahun.



Kekalahan itu menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer terus kempunan menjulang trofi pertamanya sejak mengurus United tiga tahun lalu.



Dan United terus kemarau kejuaraan sejak empat tahun lalu.



"Ia amat mengecewakan. Inilah bola sepak. Ada ketika ia ditentukan oleh satu sepakan - dan itu perbezaan antara menang dan kalah.



"Kami perlu belajar daripadanya, merasai perasaan ini dan memastikan kami tidak mengulanginya," kata Solskjaer.



Ini adalah kekalahan keenam United daripada tujuh penentuan penalti.



Penyokong United menyalahkan Solskjaer yang pada mereka takut mengambil risiko.



Selepas perlawanan terikat 1-1 pada akhir masa sebenar, penjaga gol David de Gea diharap menjadi wira Red Devils namun beliau bukan gagal menyekat semua tendangan penalti lawan sahaja, malah sepakannya tidak menerjah ke gawang.



Sebelum perlawanan bermula, ramai mempertikai tindakan Solskjaer menyenaraikan De Gea sebagai penjaga gol dan bukan Dean Henderson, yang berada pada prestasi terbaiknya.



Mereka bertambah marah apabila jurulatih itu mengekalkan De Gea pada penentuan sepakan penalti.



Peminat United berasa Henderson sepatutnya menjadi pilihan sekurang-kurangnya dalam situasi penentuan penalti kerana beliau mempunyai rekod jauh lebih baik daripada De Gea.



Malangnya, Solskjaer tidak berani melakukan pertukaran penjaga gol.



David de Gea turut menjadi sasaran kritikan penyokong United.



Mereka juga kecewa Solskjaer enggan mengeluarkan Marcus Rashford, yang menunjukkan aksi hambar sepanjang perlawanan.



"David de Gea melepaskan 25 sepakan penalti berturut-turut buat Manchester United. Mengapa dia tidak masukkan Henderson dalam penentuan penalti?" tulis pemilik akaun Samuel Luckhurst di Twitter kelab.



"Kali terakhir De Gea menyelamatkan sepakan penalti ialah pada 2016, sejak itu Dean Henderson telah menyelamatkan enam penalti," kata UnitedReds.



Beberapa keputusan Solskjaer bagi perlawanan itu turut memberi kesan buruk kepada United, terutama selepas beliau enggan melakukan pertukaran ketika perlawanan memasuki masa tambahan dan membiarkan Villarreal mendapat momentum. - Agensi berita.




"Sangat menakjubkan dan indah apabila semua berjaya menyempurnakannya. Kuncinya ialah usaha. Pemain menunjukkan mentaliti hebat sepanjang kejohanan ini dan pada final."
- Unai Emery, pengurus Villarreal.



"Ia amat mengecewakan. Inilah bola sepak. Ada ketika ia ditentukan oleh satu sepakan - dan itu perbezaan antara menang dan kalah."
- Ole Gunnar Solskjaer, pengurus Manchester United




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >