Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man U juara Piala Liga, kalahkan Southampton 3-2

Feb 27, 2017 | 7:44 AM
Pemain terbaik perlawanan, Zlatan Ibrahimovic, menjulang trofi Piala Liga sedang pemain Manchester United menyambut kemenangan mereka mengalahkan Southampton di Stadium Wembley pada 26 Februari 2017.
Pemain terbaik perlawanan, Zlatan Ibrahimovic, menjulang trofi Piala Liga sedang pemain Manchester United menyambut kemenangan mereka mengalahkan Southampton di Stadium Wembley pada 26 Februari 2017. - GAMBAR AFP

LONDON: Zlatan Ibrahimovic membantu Manchester United mencapai kejuaraan utama pertama di bawah Jose Mourinho, sekali gus menghampakan Southampton apabila gol lewat bintang Sweden itu merangkul kemenangan dramatik 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Liga pada Ahad (26 Feb).

Ibrahimovic, 35 tahun, membuka jaringan di Stadium Wembley itu melalui sepakan percuma sebelum Jesse Lingard menggandakan jaringan United.

Manolo Gabbiadini mencetuskan kebangkitan mendebarkan Southampton dengan menjaringkan gol sebelum tamat separuh masa dan sekali lagi pada awal babak kedua.

Tetapi Ibrahimovic melakukan tandukan pada minit ke-87 untuk menjaringkan gol ke-26 beliau musim ini, dan memastikan Mourinho menyertai legenda United, Alex Ferguson, dan Nottingham Forest, Brian Clough, menjadi pengurus yang memenangi Piala Liga empat kali. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg