Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Solskjaer papar semangat juang Ferguson

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mungkin antara segelintir di Old Trafford yang benar-benar memahami nilai kemenangan tipis 1-0 ke atas lawan yang 'degil'.



Kemenangan seperti itu, yang biasanya berlaku dalam perlawanan sukar di mana lawannya akan membina benteng 10 pemain sepanjang perlawanan adalah kemenangan 'sukar' yang boleh membantu sesebuah pasukan memenangi kejohanan di akhir musim yang mencabar.



Malah, di puncak kerjayanya di Old Trafford, Solskjaer menjadi cerminan kemenangan sukar sedemikian yang dicapai di bawah kepimpinan Alex Ferguson, yang sering menggunakannya sebagai 'super-sub' atau pemain gantian handalan untuk mengubah kesudahan permainan dalam perlawanan yang sukar.



Contoh paling ketara adalah di final Liga Juara-Juara Eropah 1999, di mana United ketinggalan 1-0 kepada Bayern Munich sehingga minit ke-90.



Namun, kehadiran Solskjaer sebagai 'super-sub', bersama Teddy Sheringham mengubah corak permainan dan menghasilkan dua gol lewat bagi United, yang memenangi Liga Juara-Juara pertama dalam era Ferguson.



Justeru, kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa untuk membuka tirai kempen Liga Perdana England (EPL) dalam tahun baru, serta kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wonderes untuk melabuh tirai 2020, kededuanya yang dicapai menerusi gol-gol pada penghujung perlawanan, telah membuktikan kepada Solskjaer bahawa pasukannya, meskipun bergelut memenangi perlawanan tidak mudah berputus asas dan tetap mampu berbuat demikian.



Malah, dengan musim berbaki 21 perlawanan, United kini boleh dianggap sebagai pesaing utama untuk merampas takhta liga, terutama jika ia menewaskan Burnley dalam perlawanan di tempat lawan pada dinihari Rabu ini.



Tiga mata dalam perlawanan itu akan membenarkan United melompat ke atas Liverpool dan menduduki tangga pertama liga - kali pertama ia berlaku sejak Solskjaer mengambil alih kepimpinan pasukan pada 2018.



Sejak tewas kepada Arsenal pada November lalu, United telah memenangi 26 daripada 30 mata yang dipertaruhkan, dengan perlawanan dengan Liverpool di Anfield pada 17 Januari ini kini menjadi lebih genting dari sudut persaingan di puncak liga.



Selepas perlawanan dengan Wolves, Solskjaer memuji sikap yang ditunjukkan pemainnya untuk mencungkil kemenangan daripada keadaan yang terdesak.



"Sikap yang ditunjukkan para pemain di padang begitu hebat dan ia keputusan yang terbaik bagi kami.



"Keinginan pemain untuk terus berjuang, tidak berputus asa dan mencipta tuah sendiri akhirnya mendatangkan ganjaran di akhir perlawanan," kata Solskjaer, yang turut mengingatkan pemain dan penyokong United peri pentingnya memberi tumpuan pada perlawanan selanjutnya dan bukan kepada matlamat lain.



"Mungkin kita berada pada kedudukan hebat pada masa ini... malah kita berada dalam kedudukan yang tidak dijangka.



"Namun kita perlu sedar kita tidak beraksi sebaik yang kita mampui... dan banyak yang boleh dipertingkat," ujar Solskjaer.



Kata-kata Solskjaer itu mungkin mencerminkan sikap berhati-hati yang bersandar realiti bagi United dan Solskjaer.



United perlu mempertingkat permainannya ke tahap yang lebih konsisten jika ia ingin menjadi pencabar sebenar bagi kejuaraan liga musim ini.



Dalam perlawanan dengan Wolves, barisan penyerang yang dibentuk Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Mason Greenwood, Anthony Martial, Edinson Cavani dan Paul Pogba hanya mampu mencipta dua peluang jaringan ketara sebelum Rashford menyumbat gol penentu di penghujung perlawanan.



'Midfield' United yang kurang kreativiti dan dianggap terlalu bergantung pada Fernandes juga perlu dirancakkan - jika ia ingin menewaskan lawan-lawan lebih kuat, bermula dengan Liverpool di Anfield nanti.



Kurang dua minggu selepas pertemuan dengan Liverpool, United akan bertandang ke Stadium Emirates untuk bertemu Arsenal, sebelum menanti kunjungan Southampton - yang menewaskan Liverpool baru-baru ini - dan Everton dalam perlawanan berturut-turut di Old Trafford.



Chelsea dan Manchester City pula menanti di penghujung Februari dan awal Mac, tempoh yang biasanya genting bagi menentukan pasukan di tangga teratas liga.



Namun Solskjaer berkata pasukannya pada masa ini berbeza dengan pasukan yang memulakan musim pada 2020.



"Kami lebih kuat dari segi mental, dari segi fizikal.



"Dan kini kami lebih yakin. Ini semua lahir selepas kami meraih keputusan yang diingini dalam perlawanan-perlawanan kami," kata Solskjaer.



"Kami juga menunjukkan kami mempunyai pemain-pemain yang mampu mengubah keputusan permainan pada bila-bila masa dalam permainan."



Menurut Solskajer, kehadiran pemain seperti Fernandes dan Maguire telah mengubah sikap pemain dan pengaruh mereka telah membantu pemain lebih muda menjadi lebih yakin.



"Kini semua pemain sedar menyarung jersi United, kelab yang mempunyai sejarah hebat, adalah satu keistimewaan yang bukan dapat dimiliki sesiapa sahaja.



"Kami perlu menunjukkan kami layak menyarung jersi ini dalam setiap perlawanan," kata Solskjaer. - Agensi berita.




MAN U MAMPU JUARA? 



" Kami lebih kuat dari segi mental, dari segi fizikal.

Dan kini kami lebih yakin. Ini semua lahir selepas kami meraih keputusan yang diingini dalam perlawanan-perlawanan kami.

Kami juga menunjukkan kami mempunyai pemain-pemain yang mampu mengubah keputusan permainan pada bila-bila masa dalam permainan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >