Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man U perlukan 'keajaiban'

Berdasarkan prestasi terkini, Liverpool terlalu gagah bagi United meskipun pengamat akur apa juga boleh berlaku apabila dua gergasi bola sepak England ini bertempur
Oct 24, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Meskipun bermain di padang sendiri, sukar bagi penyokong paling setia Manchester United untuk bersikap positif menjelang perlawanan pasukan kesayangan mereka menentang Liverpool malam ini (11.30 waktu Singapura).



Dengan anak didik Ole Gunnar Solskjaer kini terkial-kial menyusuli beberapa perlawanan pembukaan yang memberangsangkan, pasukan pimpinan Juergen Klopp pula tampak seolah-olah tidak dapat dikalahkan.



Penyokong kelab tersohor Old Trafford itu perlu menerima, walaupun pahit, meskipun hanya empat mata memisahkan kededua kelab, hakikatnya United jauh ketinggalan di belakang Liverpool dari segi mutu permainan, kesepaduan pasukan dan faktor 'X' yang memacu kejayaan pasukan Red Devils ini sejak sekian lama sepanjang era kepimpinan Sir Alex Ferguson.



"Jangan salah faham, United masih sebuah kelab yang menakjubkan, mungkin yang terbesar di dunia dari segi sokongan dan pengaruh," kata bekas kapten Aston Villa, Andy Townsend.



"Namun, sejak beberapa tahun lalu, dan pada saat ini, mereka bukan di tahap Liverpool. Itu hakikatnya, walaupun pahit," tambah beliau.



Bekas kapten United, Roy Keane, yang memenangi 19 piala bersama kelab tersebut, akur keputusan yang kurang meyakinkan meletakkan tekanan ke atas Solskjaer, dengan taktik jurulatih asal Norway itu juga wajar dipersoalkan memandangkan bagaimana United dengan mudah ditewaskan lawan-lawannya dalam beberapa perlawanan lalu.



"Tapi pemain juga harus pikul tanggungjawab," tegas Keane.



"Mengejar bola, menutup ruang bagi pemain lawan, meletakkan tekanan apabila pasukan lawan menguasai bola, ini semua adalah asas dan tidak perlu taktik atau strategi mendalam.



"Lakukan tugas yang anda dibayar untuk lakukan, iaitu bekerja keras. Itu yang perlu pemain United lakukan lebih-lebih dalam masa sekarang ini," ujarnya.



Solskjaer kebelakangan ini mendapati keupayaannya menjadi pengurus salah sebuah kelab terunggul dunia dipersoalkan dengan bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, antara mereka yang paling lantang mengkritik beliau.



Memberi respons kepada pengkritiknya itu, Solskjaer berkata:



"Kritikan tidak menjejas saya," ujarnya.



"Kami dapat melihat pasukan ini berkembang dan bergerak pada arah yang kami mahukan. Ya, keputusan dan persembahan bukan apa yang kami mahukan, tapi ini lumrah bola sepak. Kami harus bangkit dari kekecewaan ini dan menunjukkan tahap kami yang sebenar," tambah beliau.



Penyokong United akan melupakan kekalahan di tangan Leicester City dan Aston Villa serta persembahan hambar ketika seri dengan Everton, sekiranya United berjaya meraih tiga mata ke atas musuh utama mereka Liverpool malam ini.



Namun, hakikatnya, perkara itu sesuatu yang sukar dilihat.



Liverpool, terutama penyerang utama mereka, Mohamed Salah, kini adalah antara yang terbaik di Eropah dengan pemain asal Mesir itu telah menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut - menjadikannya pemain Liverpool pertama yang berjaya berbuat demikian dalam sejarah kelab tersebut.



Klopp akur pasukannya sedang bermain dengan baik - malah paling baik sejak beliau menjadi jurulatih di Anfield - namun mengakui bahawa keyakinan yang berlebihan kadangkala boleh membawa padah.



"Saya rasa, sejujurnya, kami adalah musuh utama kami sendiri. Para pemain tahu mereka mempunyai keupayaan sebagai sebuah pasukan untuk terus bermain di tahap ini, menang perlawanan demi perlawanan, tanpa mengira siapa jua lawan kami.



"Bagaimanapun, sekiranya perasaan ini mempengaruhi pemain secara negatif, kita mula membiarkan tahap merosot, terlalu yakin dan tidak fokus sepenuhnya, lebih-lebih lagi di Old Trafford, ia adalah sesuatu yang merbahaya," tegas beliau.



Carragher bagaimanapun yakin perkara tersebut tidak akan berlaku malam ini.



"Saya rasa Liverpool akan ke Old Trafford dengan keyakinan yang amat tinggi, dan pada masa yang sama, para pemain United pasti bimbang berdepan dengan lawan mereka pada masa ini.



"Jadi peringkat pertama sudah pun dimenangi Liverpool sebelum wisel pertama ditiup. Sekiranya Liverpool menjaringkan gol awal, saya rasa kami boleh menang besar," kata beliau.



Townsend juga akur bahawa Liverpool adalah pasukan pilihan.



"Beza antara Liverpool dan United, yang paling ketara, bukan pemain tetapi cara mereka bermain sebagai sebuah pasukan. Dengan Liverpool, kita melihat corak permainan yang stabil. Setiap pemain tahu apa peranan masing-masing, ada sistem yang jelas.



"Ini tidak kita nampak di United. Ia seolah-olah gabungan sekumpulan pemain handal yang kemudian disuruh turun padang dan melakukan sesuatu yang ajaib," ujarnya.



Meskipun demikian, Townsend menarik perhatian bahawa apa juga boleh berlaku dan dalam perlawanan United-Liverpool, seperti yang telah dilihat banyak kali sebelum ini, form atau persembahan pasukan di tengah padang tidak begitu penting.



"Setelah beberapa minggu mengecewakan di mana mereka dikritik hebat, United mungkin mendapat inspirasi atau dorongan untuk menyaingi Liverpool.



"Siapa tahu, ia boleh berlaku. Tapi Ole perlukan anak didiknya menunjukkan persembahan mungkin yang terbaik di bawah pimpinannya, untuk menewaskan Liverpool yang bagi saya adalah antara pasukan yang terhebat di Eropah sekarang," ujar beliau lagi. - Agensi berita.




BINTANG TUMPUAN



DAVID DE GEA

Penjaga gawang Man United



Musim ini penjaga gawang Manchester United ini telah membuktikan sekali lagi bahawa beliau adalah antara penjaga gol terbaik dunia. Dan United amat memerlukan penjaga gawang asal Sepanyol itu untuk bermain pada tahap 100 peratus untuk mempunyai peluang memastikan penyerang Liverpool dapat dibendung.




MOHAMED SALAH

Penyerang Liverpool



Meskipun di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai masa depannya di Liverpool dengan ejennya menuntut gaji £300,000 ($556,000) seminggu, Mohamed Salah terus cemerlang dengan menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut. Dan besar kemungkinan Salah akan menjadikan rekod itu 10 gol berturut-turut dan memperkukuh permintaannya bagi kontrak 'raksasa' untuk kekal di Anfield.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >