Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Man U sekat kemenangan City dengan kejayaan 2-0

Liverpool alami kekalahan keenam berturut-turut lepas tewas 0-1 pada Fulham, Tottenham benam Crystal Palace 4-1
Mar 09, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bruno Fernandes memuji persembahan hampir sempurna Manchester United, yang menamatkan rekod 21 kemenangan berturut-turut Manchester City dalam semua pertandingan dengan menewaskan seteru setempat mereka itu 2-0 di Stadium Etihad, awal pagi semalam.



Jaringan menerusi tendangan penalti Fernandes dan gol pertama Luke Shaw dalam aksi Liga Perdana England (EPL) beliau selepas tiga tahun menyaksikan United kembali menduduki tangga kedua, ketinggalan 11 mata di belakang City.



"Kami mempamerkan aksi sempurna hari ini (semalam)," kata Fernandes.



"Saingan liga bukan satu larian pecut tetapi maraton. Kami perlu melakukan yang terbaik dan tidak perlu memikirkan tentang pasukan lain."



Namun, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui agak terlewat sekarang untuk pasukannya merebut kejuaraan liga.



Ini walaupun kemenangan kali ketiga berturut-turut itu meletak United di tangga kedua liga di atas Leicester, sekali gus kekal untuk layak bagi Liga Juara-Juara musim depan.



Pengurus City Pep Guardiola murah hati dalam memuji United.



"Hari ini mereka mengenakan tekanan tinggi ke atas kami. Ia membuktikan bahawa anda bertemu pasukan bagus," katanya.



United di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer tidak tewas sepanjang 22 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.



Meskipun mengalami kekalahan pertama sejak tewas di Tottenham pada November tahun lalu, City kekal pasukan pilihan untuk memenangi mahkota liga kali ketiga dalam empat musim.



"Kami akan menjadi berita utama kerana tewas. Tetapi berita sebenarnya ialah kami melakar 21 kemenangan berturut-turut. Kami beraksi lebih baik berbanding ketika bertemu West Ham, yang menyaksikan kami menang," kata Guardiola.



"Kami akan cuba memenangi sebanyak mungkin perlawanan selepas ini untuk muncul sebagai juara."



Sementara itu, pengurus Jurgen Klopp berkata beliau memerlukan sebuah "karya agung" untuk memikirkan cara menyelesaikan krisis Liverpool selepas mereka mengalami kekalahan keenam berturut-turut di tempat sendiri - 0-1 pada Fulham.



Liverpool kini menduduki tangga ketujuh liga, kurang empat mata daripada pasukan di tangga keempat, Chelsea, dalam saingan bagi tempat terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara.



Chelsea mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan akan melebarkan jurang itu kepada tujuh mata jika mereka mengalahkan Everton hari ini (waktu tempatan).



"Kami tidak mempunyai momentum musim ini. Mereka (pemain Liverpool) masih mempunyai segala-galanya tetapi ketika ini gagal membuktikan kemampuan masing-masing. Saya memerlukan sebuah karya agung untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana kami dapat melakukan perubahan secepat mungkin," kata Klopp.



Dalam satu perlawanan lain, Jose Mourinho menghentam semula pengkritik yang melabel beliau gemar menerapkan corak bertahan, selepas Tottenham meraih gol ke-100 musim ini dalam kemenangan 4-1 ke atas Crystal Palace.



Gareth Bale dan Harry Kane masing-masing menjaringkan dua gol ketika skuad kendalian Mourinho naik ke tangga keenam liga menerusi kemenangan ketiga berturut-turut.



Spurs adalah kelab kedua selepas Bayern Munich dalam liga elit Eropah yang berjaya mencipta 100 gol dalam semua kejohanan musim ini.



"Saya gembira dengan sikap, perasaan dan senyuman nakal ketika menjaringkan 100 gol dalam musim ini dan kami adalah sebuah pasukan yang suka bertahan," kata Mourinho. - AFP.




Hari ini mereka (Manchester United) mengenakan tekanan tinggi ke atas kami. Ia membuktikan bahawa anda bertemu pasukan bagus.
- Pengurus Manchester City Pep Guardiola memuji pasukan Manchester United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >