Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Man U, Spurs menang selesa

Solskjaer mahu perbetul silap musim lalu, Mourinho yakin ada kelebihan dalam pusingan seterusnya
Feb 20, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Ole Gunnar Solskjaer mengatakan pasukannya, Manchester United, menyasarkan untuk memperbetul kesilapan Liga Europa musim lalunya setelah mereka semakin dekat melangkah ke pusingan 16 pasukan terakhir dengan membelasah Real Sociedad 4-0 di Turin kelmarin.



United, antara pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan ini selepas ia disingkir daripada Liga Juara-Juara, tewas kepada Sevilla dalam satu daripada tiga kekalahan separuh akhir yang mereka hadapi musim lalu.



"Kami tidak mendapat apa-apa selepas mara ke separuh akhir tahun lalu," kata Solskjaer.



"Kadangkala anda boleh katakan ia tidak berbaloi tetapi pengalaman itu membantu pasukan ini. Kami harus belajar daripada pengalaman.



"Satu-satunya cara belajar daripada kesilapan anda ialah dengan memperbetulkannya.



"Kekalahan musim lalu masih di minda kami dan ia menyakitkan hati. Kami berasa kami seharusnya sampai ke final dan menang."



Bruno Fernandes sekali lagi dalam prestasi berinspirasi, menjaringkan dua gol, dengan pasukan Solskjaer menguasai perlawanan sedang Sociedad bermain dengan hambar dalam perlawanan pertama pusingan 32 pasukan terakhir itu.



Fernandes mengambil kesempatan daripada pertahanan Sociedad yang teragak-agak untuk membuka jaringan dan kemudian meledakkan gol keduanya dari tepi - yang dianugerahkan oleh video penolong pengadil (VAR) setelah beliau pada awalnya dikatakan ofsaid.



Marcus Rashford dan Daniel James - yang kededuanya terlepas beberapa peluang jaringan - kemudian menemui sasaran dalam serangan balas, sekali gus membuat perlawanan pusingan kedua minggu depan kelihatan sebagai satu formaliti.



"Kami melalui tempoh sukar dan saya fikir kami menemui semula diri kami sedikit malam ini," kata Solskjaer.



"Saya fikir pemain memperolehi semangat mereka kembali."



Sementara itu, pengurus Tottenham Hotspur Jose Mourinho mengatakan mereka "mempunyai kelebihan dalam pusingan seterusnya" selepas Gareth Bale membantu Spurs mencatat kemenangan 4-1 ke atas Wolfsberger di Budapest.



Hantaran Bale menemui kepala Son Heung-Min, yang menanduk masuk jaringan pertama Spurs, sebelum Bale meledakkan gol kedua mereka.



Ini kali pertama sejak April 2013 Bale menjaringkan gol dan membantu dalam jaringan gol dalam perlawanan sama buat Tottenham.



Lucas Moura menambah gol solo hebat sebelum waktu rehat di Budapest.



Tetapi penalti Michael Liendl memberi Wolfsberger harapan pada minit ke-55, sebelum gol Carlos Vinicius mematikan perlawanan.



"Saya tidak menganggap ini sebagai kemenangan luar biasa, hanya kemenangan baik yang membawa perasaan baik," kata Mourinho.



"Penerbangan pulang akan menjadi penerbangan berbeza setelah mengalami kekalahan."



Dalam perlawanan pertama lain pusingan 32 pasukan terakhir Liga Europa kelmarin, jaringan Bukayo Saka menyelamatkan Arsenal apabila Gunners mengikat Benfica seri 1-1 di Rome, manakala Leicester City terikat seri tanpa gol di Slavia Prague. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >