Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Man U terkial-kial tapi Ten Hag puji semangat juang pasukan

United, Arsenal masing-masing catat kemenangan, hidupkan peluang layak ke pusingan kalah mati
Oct 15, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Erik ten Hag memuji semangat juang pasukannya selepas Scott McTominay menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk memastikan Manchester United menewaskan Omonia Nicosia 1-0 dalam perlawanan Liga Europa dinihari semalam.



Keputusan itu, yang diraih di Old Trafford, memelihara harapan United melayakkan diri ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan.



Wira United, McTominay, tidak memulakan perlawanan dan hanya dimasukkan dengan perlawanan berbaki 10 minit.



Namun, beliau tetap berjaya mempengaruhi keputusan perlawanan, menyambar kemas hantaran Jadon Sancho dalam petak penalti untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.



Keputusan itu bermakna United masih ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan E, Real Sociedad, yang menewaskan Sheriff Tiraspol 3-0 - kemenangan keempat kelab Sepanyol itu dalam pertandingan ini.



United telah menguasai seluruh perlawanan dan merintis beberapa peluang gol baik, tetapi gagal menembusi gawang pasukan lawan dari Cyprus itu.



Namun, Ten Hag berkata beliau terima keadaan itu kerana "apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak".



"Pasukan kami berjaya merintis banyak peluang gol... kami kreatif... tapi kadangkala perkara seperti ini berlaku dalam bola sepak dan kami terpaksa berhempas-pulas untuk menjaringkan gol.



"Bagi saya, sikap positif dan semangat juang pasukan akhirnya membolehkan kami mencapai kemenangan. Kami tidak sekali pun berputus asa dan akhirnya, kami meraih keputusan yang diinginkan," kata Ten Hag.



"Mungkin malam ini malam bagi pemain simpanan. Pemain yang dimasukkan lewat dalam perlawanan kadangkala boleh mengubah haluan perlawanan," katanya lagi.



Ketangkasan penjaga gawang Omonia, Francis Uzoho, juga berperanan mengekang barisan depan United.



Beliau menyelamatkan 11 daripada 12 percubaan tepat, termasuk tiga percubaan dari Marcus Rashford dalam separuh masa pertama.



Namun, beliau tidak berdaya menyelamatkan percubaan McTominay pada minit ke-93.



Kemenangan ini bermakna harapan United untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan terpelihara, menjelang perlawanan seterusnya pada 27 Oktober di Old Trafford dengan Sheriff Tiraspol.



Pengurus Omonia, Neil Lennon, berkata beliau berbangga dengan pencapaian anak didiknya, walaupun kekalahan ini bermakna ia tewas dalam dua perlawanan berturut-turu kepada lawan yang sama,



Ia tewas 2-3 kepada United minggu lalu, walaupun mendahului perlawanan.



"Saya berbangga kerana kami hampir meraih keputusan bersejarah dalam kelab ini... dan ketika beraksi di Old Trafford.



"Mungkin saya terlalu emosi, tapi saya rasa selepas perlawanan ini, lebih ramai orang akan mengenali kami," ujar beliau.



Dalam pada itu, Bukayo Saka menjadi wira Arsenal selepas menjaringkan gol tunggal permainan dalam kemenangan 1-0 ke atas Bodo/Glimt di Norway.



Saka, yang menjadi wira pasukannya semasa menewaskan Liverpool dalam Liga Perdana England (EPL) hujung minggu lalu, sekali lagi menunjukkan ketangkasannya di depan gawang untuk menjaringkan gol pada minit ke-24.



Saka juga telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan Liverpool itu, yang bermakna beliau telah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan terakhir.



Kemenangan ini bermakna Arsenal kini semakin hampir untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >