Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Man United bangkit daripada kekalahan teruk

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag memuji kapten dan penjaring gol, Bruno Fernandes sebagai pemain bintang dalam kemenangan 4-1 pusingan pertama aksi 16 pasukan terakhir Liga Europa pasukannya menentang Real Betis pada Khamis.



Fernandes paling teruk menerima kritikan hebat yang dilemparkan ke atas United berikutan kekalahan rekod 7-0 di tangan Liverpool dalam Liga Perdana England pada Ahad.



Tetapi, Ten Hag mengesahkan sebelum perlawanan bahawa warga Portugal itu akan kekal sebagai kapten sekiranya Harry Maguire tidak diturunkan - dan Fernandes membalas kepercayaan itu dengan persembahan cemerlang untuk meraih kemenangan yang diperlukan.



Ini termasuk menjaringkan gol kelapannya musim ini ketika beliau menanduk masuk sepakan penjuru Luke Shaw pada minit ke-58.



"Dia adalah pemain terbaik di atas padang," kata Ten Hag. "Dia bermain dalam posisi yang lebih bertahan dan dia cemerlang, mengatur serangan dari bahagian belakang, dengan banyak hantaran bagus. Dari situ, kami mencipta banyak peluang jaringan."



Ten Hag menerima hakikat Fernandes tidaklah sempurna. Kekasaran lewat pada penjaga gol Betis, Claudio Bravo, yang pernah menyarung jersi Manchester City, menyaksikan pemain midfield itu dilayangkan kad kuning.



Tetapi, bos United mengakui Fernandes harus berjaga-jaga.



"Keghairahannya adalah kekuatannya," tambah Ten Hag. "Tetapi, kadangkala dia harus mengawalnya sebab apabila ia terlalu banyak, ia menjadi satu kelemahan. Dia tahu perkara itu, tetapi sentiasa ada margin kecil."



Fernandes melarikan diri untuk meraikan golnya dengan tangan di telinga ketika penyokong tuan rumah melaungkan 'Bruno, Bruno' sebagai penghormatan kepadanya, menunjukkan mereka juga berada di belakangnya.



Marcus Rashford, Antony dan Wout Weghorst juga menemui sasaran ketika United meletakkan diri dalam kedudukan kukuh untuk mencapai pusingan lapan pasukan terakhir apabila saingan itu berakhir di Seville minggu depan.



Namun, Ten Hag tahu bahawa satu kemenangan sahaja tidak akan memadamkan kekalahan teruk di Anfield, terutamanya ketika beliau berasa jengkel dengan persembahan anak didiknya sebelum itu, termasuk kemenangan perlawanan akhir Pial Carabao menentang Newcastle.



"Kami tidak mengabaikannya," kata beliau. "Kami membuat kesilapan dan kami dibelasah. Kami menunjukkan kami mudah berpuas hati dan anda tidak boleh melakukannya dalam bola sepak tahap tinggi.



"Pada minggu-minggu sebelumnya, saya tidak gembira menentang Newcastle dan persembahan separuh pertama menentang Leicester, tetapi kadangkala anda perlu mendapat keputusan buruk yang mana semua orang membuka mata mereka."



Dalam pada itu, pendahulu Liga Perdana, Arsenal dipaksa bekerja keras sebelum meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi pertama 16 pasukan terakhir Liga Europa menentang Sporting Lisbon di Portugal.



Walaupun mempunyai misi untuk meraih gelaran Liga Perdana pertama mereka selepas 19 tahun, Mikel Arteta tetap menurunkan skuad terkuatnya dan William Saliba membuka jaringan untuk pasukan pelawat.



Sporting tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan, dengan Goncalo Inacio menanduk masuk sepakan sudut Marcus Edwards.



Bekas pemain Tottenham, Edwards kemudian mencetus gerakan untuk gol kedua Sporting yang dijaringkan oleh Paulinho.



Arsenal menjaringkan gol penyamaan di pertengahan babak kedua apabila hantaran lintang Granit Xhaka terkena Hidemasa Morita dan masuk ke gawang sendiri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >