Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man United pakar kebangkitan di laman lawan

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



SHEFFIELD: Manchester United sekali lagi merakamkan kebangkitan cemerlang ketika menewaskan Sheffield United 3-2 untuk mengekalkan rekod sempurna di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana England (EPL) musim ini.



Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini berjaya mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan di luar Old Trafford - dengan setiap kemenangan diraih selepas berada di belakang pasukan tuan rumah.



Dua gol jaringan Marcus Rashford dan satu daripada Anthony Martial melonjak United ke tangga keenam liga, lima mata di belakang pendahulu Liverpool yang bermain lebih satu perlawanan.



"Ia amat menyukarkan menuju ke akhir perlawanan. Kami membuatkan ia sukar untuk diri sendiri selepas permulaan yang perlahan.



"Tetapi kemudian kami bermain dengan cemerlang. Apabila mereka mendapat gol kedua, ia menjadikan perlawanan lebih sukar.



"Kami perlu meningkatkan persembahan di padang sendiri," kata Solskjaer yang hanya menang sekali dalam enam perlawanan di Old Trafford musim ini.



Sheffield United membuka jaringan pada minit kelima menerusi David McGoldrick untuk gol liga keenam mereka musim ini.



Rashford kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-26 dan United mendahului permainan dengan jaringan Martial tujuh minit kemudian.



Rashford menambah jaringan di awal separuh masa kedua tetapi Sheffield kembali merapatkan jurang menerusi McGoldrick tiga minit sebelum tamat permainan.



Sementara itu, Aston Villa mensia-siakan beberapa peluang keemasan ketika terikat tanpa jaringan dengan Burnley .



Tuan rumah menguasai perlawanan walaupun tidak berada pada prestasi terbaik mereka tetapi gagal membolosi The Clarets, yang kini keluar dari zon penyingkiran.



Percubaan Anwar El Ghazi dan Kortney Hause terkena tiang manakala Matt Lowton menyelamatkan percubaan Ahmed Elmohamady di atas garisan gol.



Burnley, kendalian Sean Dyche, pula kini belum tewas dalam tiga perlawanan selepas mengharungi cabaran sukar menentang Everton, Arsenal dan Villa.



Villa yang dikendali Dean Smith kekal di tangga ke-11, empat mata di belakang tempat kelima selepas gagal memanfaatkan 27 percubaan berbanding enam oleh Burnley.



Bagaimanapun mereka bermain kurang dua perlawanan berbanding kebanyakan pasukan dalam kelompok 10 teratas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >