Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PORTUGAL LWN GHANA

Man United tamatkan kontrak Ronaldo serta-merta

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, akan meninggalkan kelab Manchester United dengan segera.



Keputusan itu adalah akibat satu temuramah kontroversial di mana bintang berusia 37 tahun itu mengkritik kelab dan mengatakan secara terbuka bahawa beliau "tidak menghormati" pengurus United, Erik ten Hag.



Keputusan itu dicapai dengan persetujuan kedua-dua pihak - kelab dan Ronaldo sendiri.



"Kami berterima kasih kepadanya atas sumbangan besarnya sepanjang dua musim di Old Trafford," kata satu kenyataan United.



Kelab England itu mengucapkan Ronaldo dan keluarganya selamat untuk masa depan dan menambah bahawa semua di United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan pasukan di bawah pimpinan Ten Hag.



Ini musim pertama Ten Hag sebagai pengurus United dengan pasukan bergelar The Red Devils itu berada di tangga kelima dalam Liga Perdana, dengan musim berehat seketika bagi Piala Dunia di Qatar.



Ronaldo kini bersama pasukan Portugal di kejohanan itu dan dijangka mengetuai mereka dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H menentang Ghana.



Semasa menemui media di Qatar pada Isnin lalu, kapten Portugal itu berkata bahawa beliau akan memberi komen apabila tiba masanya di samping menambah bahawa perselisihannya dengan United tidak akan menjejas tumpuan pasukan negaranya di Piala Dunia.



Ronaldo, yang menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan untuk United, menyertai semula United pada Ogos 2021 untuk kali kedua - 11 tahun selepas beliau meninggalkan kelab England itu.



Kontrak £500,000 ($822,000) seminggu beliau dengan United hanya tinggal lebih tujuh bulan dan beliau kini bebas menyertai mana-mana kelab pilihannya.



"Berikutan perbincangan dengan Manchester United, kami telah bersetuju untuk menamatkan kontrak lebih awal," kata Ronaldo.



"Saya suka Manchester United dan saya sayangkan peminat... ini tidak akan berubah. Namun, rasanya kini masa yang sesuai untuk saya mencari cabaran baru."



Dalam temu duga bersama TalkTV minggu lalu, Ronaldo berkata beliau tidak menyesal enggan masuk sebagai pemain gantian untuk beberapa minit terakhir dalam kemenangan menentang Spurs kerana berpendapat bahawa keputusan Ten Hag itu sebagai satu "provokasi". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >