Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Man United tewas tapi Arsenal mula dengan langkah kemenangan

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United mengetuai bola sepak England memberi penghormatan terhadap Ratu Elizabeth II sebelum tewas 0-1 di tangan Real Sociedad dalam aksi Liga Europa.



Para pemain United, West Ham dan Arsenal - kelab-kelab Liga Perdana England yang beraksi dalam kejohanan tahap kedua Eropah itu - semuanya memakai lilitan hitam di lengan menyusuli berita kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun kelmarin.



Suasana suram menyelubungi Old Trafford dan Stadium London dengan para pemain United dan West Ham masing-masing berdiri dan bertafakur selama seminit sebelum sepak mula.



Penyokong West Ham menyanyikan lagu God Save The Queen semasa kemenangan 3-1 ke atas kelab Romania, FCSB, dalam Liga Conference Eropah - liga tahap ketiga Eropah.



Pengurus United, Erik ten Hag, menyifatkan penyerang dari Brazil, Antony, sebagai penggerak gol yang dinanti-nantikan United, selepas menjaringkan gol pada penampilan pertama berdepan Arsenal kelmarin.



Namun, pemain muda berusia 22 tahun itu gagal memberikan impak dalam persembahan kurang bertenaga United semasa kalah kepada Sociedad.



Cristiano Ronaldo membuat penampilan kedua dalam kesebelasan utama United musim ini manakala pemain tengah Brazil, Casemiro, diberikan permulaan pertama sejak tiba dari Real Madrid.



Namun, mereka gagal mencetuskan kebangkitan United, yang menyaksikan gol melalui tandukan pada minit ke-35 oleh Ronaldo dibatalkan kerana ofsaid.



Gol kemenangan Sociedad tiba pada minit ke-59 apabila pemain pertahanan United, Lisandro Martinez, dihukum kerana menyentuh bola.



Bola terkena tangan Martinez selepas melantun dari lutut dan VAR mengesahkannya bagi penalti untuk Sociedad yang disempurnakan oleh Brais Mendez.



Selepas menang empat kali berturut-turut dalam EPL, United tewas buat kali ketiga di bawah pimpinan Ten Hag.



Dalam perlawanan lain pula, bintang muda Brazil, Marquinhos, menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama The Gunners yang membuka tirai kempen Liga Europa mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas FC Zurich di Switzerland.



Marquinhos, 19 tahun, yang ditandatangani dari Sao Paulo pada Jun lalu, menjaringkan gol selepas menerima hantaran dari Eddie Nketiah pada minit ke-16 untuk meletakkan Arsenal di hadapan di St Gallen.



Zurich, yang juga juara Switzerland musim lalu, menyamakan kedudukan pada minit ke-44 apabila Mirlind Kryeziu menyempurnakan sepakan penalti selepas Nketiah melakukan kekasaran di dalam kotak penalti.



Bagaimanapun, Nketiah menebus kesilapannya dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-62 apabila menanduk masuk bola dari hantaran Marquinhos.



Kemenangan itu menyaksikan permulaan sempurna untuk Arsenal dalam Kumpulan A selepas pengurus, Mikel Arteta, melakukan lapan pertukaran berbanding ketika tewas 1-3 di United pada aksi Liga Perdana minggu lalu.



Gabriel Jesus, Martin Odegaard dan Aaron Ramsdale adalah antara pemain yang direhatkan sementara Marquinhos membuat penampilan pertamanya, begitu juga penjaga gol Amerika Matt Turner, yang ditandatangani dari New England Revolution.



Fabio Vieira juga membuat penampilan pertama sejak menyertai pasukan London itu dari Porto.



Sementara itu, AS Roma yang sedang berusaha untuk merangkul trofi Eropah kedua berturut-turut selepas memenangi Liga Konferensi Europa musim lalu, tewas mengejut 1-2 kepada Luodogorets Razgrad di Bulgaria dalam saingan Kumpulan C. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >