Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIala FA England

Man Utd atasi Brighton melalui tendangan penalti, temu Man City dalam final 'impian'

Apr 24, 2023 | 09:05 AM



LONDON: Musim Manchester United yang muram tetap boleh berakhir dengan kejayaan berganda selepas Erik ten Hag dan anak didiknya melangkah ke final Piala FA selepas menyingkir Brighton di separuh akhir pada Ahad.





Perlawanan di Wembley yang berkesudahan tanpa gol selepas masa tambahan akhirnya ditentukan menerusi tendangan penalti, dengan pemain Brighton, Solly March satu-satunya pemain yang gagal menjaringkan gol, memberi kelebihan 7-6 kepada United dan sekali gus tiket ke final pada pada 3 Jun.





Keputusan itu mengatur final ‘impian’ antara United dengan seteru sekota, Manchester City di Wembley dengan kededua pasukan memburu sejarah.





City masih mengharap memenangi tiga trofi utama – Piala FA, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana England (EPL) – sementara United ingin mendakap Piala FA untuk menambah kepada Piala Liga yang telah dimenanginya.





Pengkritik United akan tetap berkata musim United ini mengecewakan.

Mereka akan memberi contoh kekalahan mengaibkan 4-0 kepada Brentford dalam perlawanan kedua EPL di awal musim, enam gol yang membolosi gawang David de Gea di Stadium Etihad dan seterusnya, tujuh yang dilepaskannya di Anfield.





Lebih dekat lagi, pengkritik akan memberi contoh cara United ‘runtuh’ di Seville baru-baru ini, apabila ia disingkir dari suku akhir Liga Europa.

Namun, penyokong lebih optimistik akan berkata United telah memenangi trofi pertama sejak 2017 apabila ia memenangi Piala Liga dan kini berada dalam kedudukan baik untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim depan.





Apa sahaja yang berlaku, Ten Hag telah memberikan harapan kepada penyokong setia di Old Trafford dan jika beliau diberi masa untuk membina skuad baru bagi masa depan beliau telah menunjukkan berupaya memenangi trofi semasa ‘tempoh binaan’ ini.





Dalam pada itu, kegirangan United memelihara peluang memenangi trofi kedua musim ini perlu juga dilihat dari sudut lawan yang ditewaskan.

Brighton – pasukan mengejutkan musim ini – mempunyai banyak peluang untuk memenangi separuh akhir dalam masa biasa.





Namun ‘kekejaman’ tendangan penalti bermakna ia kini akan mengakhiri musim dengan putih mata.



Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi berkata:

“Malam ini begitu sukar diterima kerana ia adalah satu impian bagi kami untuk melangkah sehingga saat ini.

“Saya kecewa kerana pemain telah beraksi dengan berani dan hebat sepanjang musim dan mereka layak bertemu City di final.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >